Skip to main content

Posts

SOS SPAGHETTI CENDAWAN ENAKKAN RESEPI STEW PENNE

Suka makan pasta? Pernah cuba penne ? Selain spaghetti dan fettuccine, penne juga merupakan pasta yang memiliki ciri khas dan citarasa yang lazat. Bila dikunyah terasa sedikit kenyal. Apatah lagi, apabila digabungkan dengan keenakan Sos Spaghetti Cendawan Kimball.   Selain nikmat dan sedap, cara untuk memasak pasta ini juga lebih mudah dengan adanya Sos Spaghetti Cendawan Kimball. Jadi, tidak rugi jika anda mencuba resepi Stew Penne Dan Bayam yang mamanet kongsikan ini. Bahkan stew ini boleh dimakan dengan nasi jika anda tidak mahu menggunakan penne.   RESEPI STEW PENNE DAN BAYAM KIMBALL DENGAN SOS SPAGHETTI Bahan-bahan yang diperlukan : 350g Sos Spagetti Cendawan Kimball 400g Penne Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan 2 sudu besar minyak 1 bawang merah dipotong dadu 400gm kiub daging atau kambing direbus dengan 500ml air (simpan 500 ml stok dan tambah air jika perlu). Rebus sampai betul-betul empuk dan lembut. 2 cawan daun bayam Garam dan lada hitam secukup ras...

5 KHASIAT LABU KUNING UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK!

Khasiat labu kuning terlalu banyak. Selain mengandungi banyak nutrisi penting seperti vitamin A,B,C dan beta karoten, labu kuning juga termasuk dalam jenis buah yang rendah kalori, namun kaya dengan serat. Labu kuning elok buat bayi, terutama setelah bayi berusia enam bulan ke atas. Kandungan nutrisi dan khasiat labu kuning serta teksturnya yang lembut memang sesuai buat bayi. Untuk bayi, kita boleh memberikannya puri labu kuning. Ia boleh dicampur dengan buah-buahan, daging ayam ataupun jenis sayur-sayuran lainnya. Boleh juga diresbus, dikukus atau dipanggang dengan pelbagai variasi masakan. Selain itu, boleh juga dibuat pancake , pie ataupun kudapan ringan yang sangat berkhasiat untuk anak-anak dan juga keluarga anda. BERIKUT BEBERAPA KHASIAT LABU KUNING YANG PATUT DIKETAHUI: BETA KAROTEN Kandungan beta karoten yang banyak sangat bagus untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati. Di samping itu, warna kuning merupakan ciri khas yang menandakan labu ini mengandungi zat karoten...

Mak, saya penat! Keluhan anak-anak Malaysia di Sekolah

Benarkah kanak-kanak yang lincah tak pernah kenal penat? Berapa ramai ibu bapa yang terpaksa melalui pengalaman traumatik semata-mata untuk memastikan anak-anak bersedia menjalani sesi persekolahan yang baru apabila mereka jelas keberatan dan enggan memberi kerjasama? Sebagai ibu bapa, pernah kah kita terfikir, mengapa anak-anak berkelakuan begini? Sesi persekolahan yang baru boleh menjadi satu titik permulaan yang penting bagi kanak-kanak. Bagi sebahagian daripada mereka, ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Untuk yang lain pula, mereka perlu kembali ke sekolah selepas cuti yang panjang. Di samping menyesuaikan diri dengan sesi pembelajaran dan tekanan meninggalkan keselesaan belaian ibu di rumah, hari anak-anak turut melibatkan aktiviti selepas waktu sekolah. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan  ibu bapa di Malaysia turut berasa sedemikian. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Malaysia untuk memberi dorongan yang tidak b...

Kesan Mandi Malam, Efek Buruk Pada Kesihatan Kita

Tahukah anda bahawa kesan mandi malam memang tidak elok untuk kesihatan badan kita? Apatah lagi, jika dilakukan secara berterusan. Tidak mustahil ia akan menimbulkan pelbagai macam penyakit yang mematikan badan.   Biarpun ada yang sudah mengetahui bahaya atau efek negatif dari mandi malam, namun masih ada di antara kita yang masih gemar mandi pada lewat malam.   Lagipun setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang boleh ataupun tidak, mandi lewat malam ini. Bagi anda yang masih ragu-ragu dan mungkin tertanya-tanya apa kesan mandi malam ini, semak di bawah ya!     [btn text=”PETUA ATASI MASALAH SAKIT BADAN” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/badan-sakit-sakit-cuba-petua-tradisional” target=”_blank”]   Kesan Mandi Malam Yang Perlu Diketahui:   Paru-Paru Berair Paru-paru berair atau pneumonia biasanya disebabkan oleh adanya infeksi yang menyebabkan pembengkakan pada salah s...

Ketiak Basah dan Berbau, Ketahui 6 Cara Atasinya!

Ketiak Basah dan berbau! Alamak, stressnya padahal dah pun pakai deodorant. Masalah ketiak basah dan berbau seringkali membuatkan kita menjadi malu serta hilang keyakinan diri. Jadi, sebab itulah kita takut untuk mengangkat tangan kita ke atas tinggi-tinggi.   Bimbang orang yang berada berdekatan dengan kita akan ternampak dan berasa terganggu dengan keadaan ketiak kita yang berbau. Ternyata masalah tersebut boleh dicegah dan dikurangi.     [btn text=”CARA PUTIHKAN KETIAK SECARA SEMULAJADI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/5-cara-putihkan-ketiak-secara-semulajadi” target=”_blank”]   Supaya kita tidak terus dibelenggu perasaan malu, cubalah tip mudah untuk mengurangkan masalah ketiak basah dan berbau .   Jaga Kebersihan Diri Cara kita menjaga kebersihan diri sendiri turut mempengaruhi kemunculan masalah tersebut. Paling kurang, mandilah dua kali sehari. Jika kita culas  atau malas untuk ma...

5 Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!

Lipstik dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Namun, kita perlu berhati-hati supaya tidak tertipu ketika membelinya. Bahaya lipstik  tiruan mahupun produk kecantikan palsu memang menakutkan!   Tambahan pula sekarang ini terlalu banyak bahan berbahaya yang terkandung dalam lipstik. Biasanya lipstik tiruan menggunakan kandungan bahan kimia berbahaya.   Lipstik tiruan selalunya juga memakai jenama produk yang cukup popular dengan harga yang jauh lebih murah sehingga menarik minat orang ramai untuk membelinya. Tidak dinafikan pemakaian lipstik mampu membuatkan penampilan kita menjadi lebih cantik dan berseri-seri.   Untuk tampil cantik memang memerlukan jenama kosmetik yang sesuai dengan selera dan keselesaan kita untuk memakainya.   Sungguhpun begitu, janganlah suka-suka memilih lipstik ‘asal boleh’ tanpa memikirkan akibat yang terpaksa kita tanggung apabila memakai lipstik tiruan ini. Berikut beberapa bahaya lipstik tiruan yang patut kita ketahui dan ambil peduli: ...

Mudahnya Menjadi Orang Yang Sabar. Wajib Cuba Cara Ini!

Biarpun menjadi orang yang sabar tidak mudah, tetapi sabar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan kita.   Dengan menjadi orang yang sabar , kita boleh menjalinkan hubungan yang lebih baik lagi dengan keluarga,teman-teman, rakan sekerja serta orang-orang di sekeliling kita.   Cuba bayangkan jika kita terpaksa berhadapan dengan orang yang kurang sabar. Semuanya nak cepat dan tepat, pantang terlambat atau tersalah sikit mulalah nak melenting! Sah-sahlah kita pasti kita akan berasa kesal dan menyampah dengan orang-orang yang kurang sabar ni. [btn text=”UNTUK HIDUP GEMBIRA DAN LEBIH BERMAKNA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/hidup-gembira-dan-lebih-bermakna/” target=”_blank”]     Sabar itu boleh dilatih dan ada cara mudah. Jadi, jika selama ini kita adalah orang yang kurang sabar dan cepat melenting, tetapi kita ada keinginan untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi,...