Skip to main content

Kesan Mandi Malam, Efek Buruk Pada Kesihatan Kita

Tahukah anda bahawa kesan mandi malam memang tidak elok untuk kesihatan badan kita? Apatah lagi, jika dilakukan secara berterusan. Tidak mustahil ia akan menimbulkan pelbagai macam penyakit yang mematikan badan.

 

Biarpun ada yang sudah mengetahui bahaya atau efek negatif dari mandi malam, namun masih ada di antara kita yang masih gemar mandi pada lewat malam.

 

Lagipun setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang boleh ataupun tidak, mandi lewat malam ini. Bagi anda yang masih ragu-ragu dan mungkin tertanya-tanya apa kesan mandi malam ini, semak di bawah ya!

 kesan mandi malam

 

[btn text=”PETUA ATASI MASALAH SAKIT BADAN” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/badan-sakit-sakit-cuba-petua-tradisional” target=”_blank”]

 

Kesan Mandi Malam Yang Perlu Diketahui:

 

  1. Paru-Paru Berair

Paru-paru berair atau pneumonia biasanya disebabkan oleh adanya infeksi yang menyebabkan pembengkakan pada salah satu paru-paru kita.

 

Ada banyak faktor yang menyebabkan penyakit ini, namun salah satunya adalah berpunca dari kebiasaan kita yang suka mandi malam. Orang yang kerap mandi malam dikatakan lebih berisiko tiga ganda untuk mendapat penyakit ini.

kesan mandi malam

 

  1. Sakit Urat Saraf

Sakit urat saraf merupakan penyakit yang amat menyeksakan. Nak duduk pun terasa sakit, apatah lagi untuk berdiri tegak. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

 

Salah satu faktor yang menyebabkan penyakit ini adalah kerana tabiat kita yang gemar mandi air sejuk pada malam hari. Air yang sejuk akan membuatkan seluruh urat-urat saraf kita menjadi ‘bisa’ dan ngilu.

kesan mandi malam

 

  1. Sakit-Sakit Sendi

Mandi malam mempunyai efek negatif bagi kesihatan badan, salah satunya adalah reumatik. Antara penyakit yang termasuk reumatik adalah seperti rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.

 

Bagi anda yang mempunyai sakit-sakit sendi, sebaiknya menghindari mandi malam. Kesan mandi malam boleh membuatkan penyakit sendi yang dialami akan menjadi bertambah parah. Jadi, elakkan mandi pada lewat malam.

kesan mandi malam

  1. Penuaan Semulajadi

Biasanya bila kita balik lewat malam dari tempat kerja dan sebagainya, sudah pasti akan berasa tidak selssa apabila tidak membersihkan badan atau mandi.

 

Jadi, kita akan mandi supaya badan kita kembali bersih dan segar. Namun, mandi lewat malam dengan menggunakan air sejuk akan membuatkan kulit anda menjadi lebih cepat berkedut.

 

Jika berlanjutan dalam jangka waktu panjang maka kita akan mengalami penuaan semulajadi.

 

kesan mandi malam

  1. Kekejangan Otot

Mandi pada malam hari memang menyegarkan badan. Namun, di sebalik kesegaran serta kedinginan air sejuk tersebut terselit bahaya yang boleh mengancam kesihatan kita.

 

Salah satunya membuatkan otot-otot badan kita menjadi tegang, sehingga tanda disedari ia membuatkan kita menjadi susah untuk tidur.

kesan mandi malam

 

  1. Demam

Pori-pori tubuh dan kepanasan badan dikatakan mula meningkat pada malam hari.

 

Ketika badan mengalami peningkatkan suhu panas, jika terkena siraman air sejuk pada malam hari maka pori-pori yang sedang terbuka akan membutkan badan terasa panas dan sejuk seperti hendak demam.

kesan mandi malam

Itulah beberapa efek negatif atau kesan mandi malam bagi kesihatan badan kita. Untuk mencegah sebarang penyakit, ada baiknya jika kita mandi pada petang hari sahaja. Jika tiada pilihan, mandilah air suam atau lap badan anda dengan air suam.

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...