Skip to main content

SOS SPAGHETTI CENDAWAN ENAKKAN RESEPI STEW PENNE

Suka makan pasta? Pernah cuba penne? Selain spaghetti dan fettuccine, penne juga merupakan pasta yang memiliki ciri khas dan citarasa yang lazat. Bila dikunyah terasa sedikit kenyal. Apatah lagi, apabila digabungkan dengan keenakan Sos Spaghetti Cendawan Kimball.

 

Selain nikmat dan sedap, cara untuk memasak pasta ini juga lebih mudah dengan adanya Sos Spaghetti Cendawan Kimball. Jadi, tidak rugi jika anda mencuba resepi Stew Penne Dan Bayam yang mamanet kongsikan ini. Bahkan stew ini boleh dimakan dengan nasi jika anda tidak mahu menggunakan penne.

Sos Spaghetti

 

RESEPI STEW PENNE DAN BAYAM KIMBALL DENGAN SOS SPAGHETTI

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 350g Sos Spagetti Cendawan Kimball
  • 400g Penne Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 bawang merah dipotong dadu
  • 400gm kiub daging atau kambing direbus dengan 500ml air (simpan 500 ml stok dan tambah air jika perlu). Rebus sampai betul-betul empuk dan lembut.
  • 2 cawan daun bayam
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Sos SpaghettiSos Spaghetti

 

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga lembut. Anda boleh juga guna bawang holand jika tidak mahu bau yang kuat.

  1. Masukkan Sos Spagetti Cendawan Kimball, stok, daun bayam dan daging.
  1. Masak sehingga mendidih dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Jika stew terlalu pekat boleh tambahkan lagi baki stok.
  1. Masukkan Penne Kimball dan gaulkan sehingga sekata.
  2. Hidangkan ketika panas. Keenakan Sos Spaghetti Cendawan pastinya akan membuatkan gandingan Stew Penne Dan Bayam ini menjadi lebih lazat.

Sos Spaghetti

Nota: Jika anda sukakan stew yang pedas sedikit, bolehlah campurkan cili pes ke dalam stew Sos Spaghetti Cendawan ini. Anda juga boleh buat stew lebih dan simpan stew (tanpa panne dan bayam) di dalam peti sejuk beku. Cara bijak agar anda tidak perlu memasak berulang kali. Hanya perlu panaskan stew, masukkan bayam dan Penne yang sudah direbus bila anda sekeluarga ingin menikmatinya. Bahkan sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

Ok, Selamat mencuba dan menjamu selera!

BACA CARA MASAK PASTA AGAR LEBIH SEDAP,  KIRA WAKTU SUBUR UNTUK CEPAT HAMIL

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...