Skip to main content

Sambutan Hari Ibu Bapa dengan LAC: Menjaga Kesihatan dan Kesejahteraan Kognitif

ibu bapa

Sempena sambutan Hari Ibu Bapa, LAC, jenama suplemen kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, memperkenalkan Neuro Protect untuk membekalkan ibu bapa dengan nutrien yang diperlukan untuk menyokong kesihatan kognitif. 

Neuro Protect oleh LAC merupakan pilihan terbaik untuk ibu bapa yang ingin mengekalkan kemahiran memori dan pemikiran mereka dalan usia yang kian meningkat.

Suplemen untuk otak ini dihasilkan khusus untuk melindungi daripada kemerosotan fungsi kognitif, menyokong fungsi kognitif yang ideal dan mengatasi keletihan mental yang diakibatkan oleh tekanan yang berlanjutan.

Ia mengandungi plasmalogen premium daripada Kekapis Hokkaido, komponen yang memainkan peranan penting untuk melindungi sel-sel otak daripada mengalami kemerosotan dan meningkatkan kesihatan kognitif dan fungsi saraf.

Artikel Lain: Buah Untuk Diet Sihat

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak, oleh itu kesihatan mereka sendiri perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Dengan Neuro Protect, mereka dapat menjaga kesihatan kognitif dan mengekalkan ketajaman, kepekaan mental, serta keupayaan melaksanakan aktiviti harian.

Bagi meraikan keduanya pada hari yang istimewa ini, LAC komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan semua peringkat usia, termasuk menyokong kesihatan kognitif mereke bagi memastikan kualiti hidup yang lebih baik.

“Kami berasa teruja kerana dapat menawarkan produk dan perkhidmatan kami kepada ibu bapa sempena sambutan hari istimewa ini. Di LAC, kami menumpukan usaha untuk penjagaan kesihatan dan kesejahteraan individu pada semua peringkat umur.Kami percaya bahawa penjagaan kesihatan kognitif ibu bapa amatlah penting bagi memastikan mereka dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” kata Patrick Fam, Pengurus Besar LAC Malaysia.

Semua produk LAC yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, boleh didapati secara meluas di lebih 65 cawangan runcit di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai produk LAC, sila layari laman web di https://www.lacworldwide.com.my.

ibu bapa

INFO PRODUK:

1.5g x 30 Stick pada RM620.90

Plasmalogen merupakan sejenis fosfolipid yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi kognitif dan saraf manusia. Plasmalogen daripada kekapis adalah yang paling mirip dengan plasmalogen dalam tubuh manusia.

Diperbuat daripada ekstrak Kekapis Hokkaido premium, Neuro Protect memelihara sel otak daripada pengoksidaan dan kemerosotan akibat kelesuan dan penuaan. Ia juga memelihara penghantaran maklumat di dalam otak serta menggalakkan daya ketahanan otak.

Bukan setakat itu saja – suplemen kami juga membantu dalam penghasilan sel saraf baharu dan mengurangkan pembentukan plak protin yang membahayakan otak. Ini dapat membantu memelihara kesihatan kognitif, mengelakkan kemerosotan fungsi yang disebabkan oleh penuaan, dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia. 

Tanpa pengawet, perisa tiruan, atau pemanis, anda boleh yakin bahawa anda memberikan nutrien terbaik kepada tubuh anda.

Keletihan otak dan hilang tumpuan bukanlah sesuatu yang perlu anda alami. Jagalah kesihatan kognitif anda dengan LAC Neuro Protect!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .