Skip to main content

Songkok Malaya Pelengkap Gaya Aidilfitri

songkok malaya

Songkok Malaya | Pemakaian songkok cukup popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Penampilan berbaju Melayu menjadi seakan tidak lengkap tanpa memakai songkok, terutama ketika menyambut kedatangan hari mulia.

songkok malaya

Membeli Belah di Songkok Malaya

Ada bermacam-macam jenis, rekaan dan bentuk songkok yang dijual secara atas talian mahupun di kedai fizikal. Jika anda mencari songkok, tak kiralah songkok biasa ataupun eksklusif boleh ke Songkok Malaya HQ yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Lokasinya strategik, parking mudah dan suasana di dalam kedai ini tersusun kemas serta sangat selesa untuk membeli belah bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Songkok Malaya turut menerima anugerah dalam pelbagai kategori atas inovasi reka bentuk yang dihasilkan.

Lokasinya strategik, parking mudah dan suasana di dalam kedai ini tersusun kemas serta sangat selesa untuk membeli belah bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Ada macam-macam jenis dan saiz yang terdapat di Songkok Malaya. Dari saiz dewasa, kanak-kanak, mahupun bayi, semua ada. Material yang digunakan juga elok, menggunakan material kain dan sponge yang berkualiti.

Artikel Lain: Video Hari Raya Guardian Untuk Semua

songkok malaya

Antara songkok yang terdapat di Songkok Malaya ialah:-

  • Songkok sekolah
  • Songkok raya
  • Songkok istiadat
  • Songkok nikah

Untuk songkok premium, dijamin tahan lama, tahan lasak dan boleh dibasuh serta tidak luntur warnanya anda boleh memilih Songkok Malaya Pahlawan, Songkok Malaya Panglima dan Songkok Malaya Laksamana.

Mana-mana pembelian Songkok Malaya Premium akan disertakan sekali kotak hitam eksklusif untuk menyimpannya.

Di samping itu, bukan hanya songkok,tanjak, kancing baju melayu, sampin untuk dewasa, kanak-kanak dan bayi pun ada. Tak ketinggalan baju raya koleksi Rizman Ruzaini, RHR Xcluseev atau tudung Khalifah SCARF turut dijual di sini.

pemilik songkak malaya
Encik Hafzan, pemilik Songkok Malaya yang banyak memenangi aungerah
di atas pencapaian Songkok Malaya yang cukup membanggakan.

Artikel Lain: Kempen Ramadan Terindah. Menangi Pelbagai Hadiah Menarik!

Songkok Malaya juga turut mengajak para pelanggan yang mempunyai anak yang masih bersekolah untuk menyertai Kelab Kanak-Kanak Songkok Malaya. Setiap ahli akan mendapat diskaun sebanyak 20% seumur hidup untuk pembelian songkok akan datang dari muda sehinggalah ke anak cucu. Rebut peluang ini kerana ia terhad kepada 1,000 ahli sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...