Skip to main content

Shara Othman Tawar Busana Tradisional Untuk Digayakan Pada Hari Raya

Shara Othman

Ternyata baju-baju tradisional seperti baju kurung moden, baju kurung kedah, baju kurung pesak, baju kurung Pahang dan kebaya masih relevan serta diminati ramai termasuk generasi muda. Menyedarinya, butik Shara Othman menawarkan koleksi busana tradisonal Melayu yang sungguh menawan!

Shara Othman

Shara Othman di Central i-City,Shah Alam

Bagi anda yang mungkin masih bingung memikirkan busana atau oufit apa yang sesuai dan nampak menarik untuk digayakan pada Aidilfitri nanti, anda boleh ke butik Shara Othman yang terletak di L2-10, Central i-City, Shah Alam.

Shara Othman

Menjengah masuk sahaja ke dalam butik ini, anda pasti tertawan dengan koleksi busana yang ada, khususnya Shara Othman Raya Collection 2023.

Berikut antara koleksi istimewa yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan selera masing-masing bagi mendapatkan penampilan yang lebih menawan pada hari raya nanti. 

Busana-busana Shara Othman menampilkan ragam warna seperti putih, hitam, hijau, merah jambu, biru tua, hijau, kelabu dan coklat. Pilihan saiz bermula dari S sehingga XL.

Artikel Lain: Butik Chenta Lunar, Seksyen 7

Shara Othman Raya Collection 2023

Antara Koleksi Raya 2023:

Shara Othman

Saoma

Koleksi Saoma menampilkan busana mulismah yang lebih kasual dan sedikit moden. Rekaan kebaya labuh klasik dipadukan dengan kain berpotongan lurus bermotif garis-garis/bercorak belang. Bertambah manis jika digayakan bersama aksesori dokoh.

Bagi anda yang mahu sedondon dengan anak, boleh tampil lebih bergaya dengan seleksi Saoma ini.Material yang digunakan mampu memberikan keselesaan buat ibu dan anak perempuan.

Artikel Lain: Telekung Simple Sistergojes

Shara Othman Raya Collection 2023
Baju Raya Kartini

Kartini

Menerusi himpunan Kartini, ditawarkan pilihan rekaan baju kurung Riau yang menggunakan material taffeta silk+cotton. 

Nuasana elegan dan klasik bakal menyerlahkan lagi gaya sendondon ibu dan anak.

Shara Othman Raya Collection 2023
Baju Raya Tijah

Tijah

Koleksi Tijah diperbuat daripada fabrik jenis cotton eye. Kurung berpotongan moden dengan belahan di bahagian hadapan kekal memberikan gaya yang sopan dan menawan kepada si pemakai.

Tijah turut didatangkan dengan koleksi istimewa padanan sedondon buat ibu dan anak perempuan.

Shara Othman Raya Collection 2023
Baju Raya Camelia

Camelia

Koleksi Camelia bukan sahaja sesuai digayakan sedondon untuk Aidilfitri, tetapi outfit ini boleh dikenakan sewaktu menziarahi keluarga, sanak-saudara ataupun sahabat handai. 

Biarpun long dress yang menggunakan fabrik lace bersama satin pleated crush kelihatan simple, tetap ia tetap memberikan kesan manis dan stylish untuk momen Aidilfitri.

ramadan special offer

Berita Baik!

Bagi pembelian RM150 ke atas akan mendapat sampul raya percuma. Di samping itu, tawaran voucher RM20 bermula 27 March 10 April 2023 dengan pembelian minimum RM200, menggunakan kod diskaun SORAYA20

Oh, ya untuk Shara Othman Raya Collection 2023, setiap pembelian RM200 ke atas, diskaun RM20. Manakala pembeli RM300 ke atas, diskaun RM30 dan pembelian RM500 ke atas, diskaun sebanyak RM50 akan diberikan.

Koleksi Shara Othman boleh didapati: 

  • L2-10, Central i-City, i-City

Persiaran Multimedia, Seksyen 7,

40000 Shah Alam.

  • L1-28, East Coast Mall

25200 Kuantan.

  • Butik Zalina

Taman Bentong Prima,

28700 Bentong, Pahang.

Shopee:

Shopee Shara Othman : https://shope.ee/2feYg21weM

TikTok Shara Othman : https://www.tiktok.com/@sharaothman?_t=8b0XbgrO9Jp&_r=1

Instagram : https://instagram.com/sharaothman?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Facebook : https://www.facebook.com/sharaothman?mibextid=LQQJ4d

TikTok : https://www.tiktok.com/@sharaothman?_t=8b0XbgrO9Jp&_r=1

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .