Skip to main content

Haleon Lancar Kempen #BetterOralCareNation Untuk Pertingkatkan Tabiat Kesihatan Oral

Haleon

Haleon Lancar Kempen #BetterOralCareNation | Untuk Pertingkatkan Tabiat Kesihatan Oral Masalah kesihatan oral dianggap boleh dicegah sebahagian besarnya melalui kebersihan oral yang berkesan, namun kewujudan masalah ini masih tinggi. Penyakit oral menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia menurut Laporan Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terkini. 

Di Malaysia, 94% daripada golongan dewasa Malaysia mempunyai masalah gusi dan 88.9% mengalami kaviti gigi seperti yang ditunjukkan dalam Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa (National Oral Health Survey of Adults, NOHSA) pada tahun 2010. 

Haleon

Jalinan Kerjasama Haleon Dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

Sebuah kajian berasingan oleh Haleon, iaitu antara penyedia terbesar dunia bagi pakar kesihatan oral dan pembuat Sensodyne, yang dijalankan dengan Kerjasama Kantar, juga menunjukkan 71% daripada rakyat Malaysia mengalami simptom sensitiviti gigi. 

Dalam usaha di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran kesihatan oral dan disokong oleh Bahagian kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Haleon telah bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association, MDA) untuk melancarkan #BetterOralCareNation, iaitu kempen selama sebulan yang menyediakan pemeriksaan gigi percuma mulai 1 Mei selain aktiviti berbentuk pendidikan untuk menambah baik kefahaman kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel Lain: PPZ-MAIWP Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah

 Menurut Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), “sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia yang 100% memberikan tumpuan pada kesihatan harian, kami mempunyai peluang yang tersendiri untuk membantu memecahkan halangan sosial dan persekitaran yang menghalang orang ramai daripada kesihatan harian. 

Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik tabiat kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia dan membina satu kesedaran tentang keadaan kesihatan oral, seperti sensitiviti dan periodontitis, memandangkan perkara ini boleh dicegah menerusi kebersihan oral yang berkesan.

Kami komited untuk menyokong peningkatan kesihatan oral harian, dan kami berasa teruja terhadap kerjasama kami dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk mendidik dan memperkasakan orang ramai tentang kepentingan kesihatan oral harian.” 

Dr. Lim Chiew Wooi, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), pula berkata, “kes global berkaitan dengan penyakit oral telah meningkat sebanyak 1 bilion dalam tempoh 30 tahun yang lepas. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit oral merupakan keadaan kesihatan yang lazim di seluruh dunia. 

Hanya 16% rakyat Malaysia melawat doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hakikat ini adalah membimbangkan, memandangkan pengabaian terhadap kesihatan oral bukan sahaja akan meningkatkan dengan ketara risiko menjadi terdedah kepada periodontitis atau hipersensitiviti dentin yang lebih tinggi, tetapi juga meningkatkan risiko untuk keadaan dan penyakit lain. 

Individu yang menderitai sebahagian jenis penyakit periodontal adalah sekali ganda mungkin dikesan menghidap penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan melalui gusi.” 

Penyakit oral seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih meluas dan telah dihubungkan dengan kesihatan sistemik yang lemah dan penyakit tidak berjangkit (noncommunicable diseases, NDCs), termasuk penyakit diabetes dan kardiovaskular.

Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan kempen, jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan oleh doktor pergigian Haleon, Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi dengan kerjasama profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh untuk mendorong kesedaran, pendidikan dan kefahaman tentang impak kesihatan oral yang lemah termasuk hubungannya dengan kesihatan sistemik.

Butiran tentang lokasi klinik dan aktiviti kempen akan tersedia melalui media sosial Sensodyne Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah berkunjung ke reruai pameran Sensodyne semasa pelancaran sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 peringkat Malaysia di Bank Negara Malaysia, yang dirasmikan oleh beliau pada 20 Mac 2023.

Artikel Lain: Menu Berbuka Puasa 15 Minit!

  • 72,000 pemeriksaan gigi akan dijalankan dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia
  •  Kempen Pendidikan selama sebulan tentang kebersihan oral akan dilancarkan pada Hari Kesihatan Oral Sedunia melalui kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh.

Dalam majlis pelancaran kempen yang dibawakan oleh Haleon #BetterOralCareNation turut diumumkan Dasar Kesihatan Oral Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk menjelaskan strategi dan tindakan bagi menyampaikan penjagaan kesihatan oral yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia. Di samping memperkasa mereka untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...