Skip to main content

YHB SLEEPSALOT, BINTANG RAP SINGAPURA MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU “TUKAR CURRENCY”

YHB Sleepsalot,21 tahun bintang rap dari negara jiran Singapura ini turut mempertaruhkan bakatnya dalam industri hiburan tanahair. Dia kini tampil dengan single terbaru yang bertajuk “Tukar Currency”.

Sebelum ini YHB, atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Husaini  pernah popular dengan lagu rap Melayu pertamanya yang berjudul “Jatuh Boi”.Sambutan hangat terhadap lagu tersebut membuatkan YHB semakin bersemangat untuk menghasilkan lagu Melayu.

Terdahulu, lagu ciptaannya  iaitu “Karabujan” pernah meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Manakala lagu “Terminal” dan “Blow Up” turut memasuki senarai lagu yang diputarkan di Spotify’s New Era: Asian Hip Hop. 

Anak muda berbakat besar ini juga pernah terpilih menjadi artis pembuka tirai untuk persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe dan Tuju K-Clique.

Mengungkap rahsia sebalik bakat luar biasa, rupanya YHB mewarisi darah seni daripada ayahnya yang turut mempunyai bakat dalam bidang seni. Ayahnya merupakan pemain dram untuk pasukan polis suatu ketika dahulu. 

YHB mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan telah melancarkan muzik sendiri pada usia 16 tahun dengan menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube. Selain itu dia turutb mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu. Minat dan semangatnya terhadap bidang seni sangat mendalam dan dia suka menerokai pelbagai genre muzik termasuk R&B.

YHB Sleepsalot warisi bakat seni ayahnya

Single Terbaru “Tukar Currency”

Menurut YHB, penghasilan lagu “Tukar Currency” adalah berdasarkan daripada pengalaman sebenarnya. Ia mengisahkan pengalaman YHB sendiri apabila kembali mengunjungi Malaysia setelah sekian lama berada dalam fasa pandemik. Idea tersebut terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura.

“Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu,”katanya teringat masa itu. “Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. la benar-benar buatkan saya terinspirasi,” jelasnya.

Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam “Tukar Currency” yang diterjemah ke Bahasa Melayu daripada istilah Inggeris, “Currency Exchange”. Karya tersebut turut mendapat sentuhan daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness.

“Tukar Currency” berentak ‘breezy trap’ yang dicipta RIIDEM, di mana YHB turut merakam perjalanannya dan selitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan, dan kuasa. Dia masih kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V,” terjemahan daripada “If I ever take an L (loss), I’II bounce back and turn it back up.”

Pengambaraan muzik video (MV) “Tukar Currency” telah diadakan di sekitar ibukota ydan turut menampilkan penyanyi Nakalness. “Tukar Currency” boleh ditonton di semua platform digital menerusi Universal Music.

Oh ya,  YHB Sleepsalot bersama artis-artis Universal Music bakal muncul di Uni-Verse Fest Finale di Kolej Melati UiTM Shah Alam pada 16 Disember 2022 ini. Jom, kita ke sana dan temui YHB!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .