Skip to main content

PHILIPS UV-C DISINFECTION BOX BANTU MENYAHAKTIFKAN VIRUS PERALATAN PERIBADI DENGAN MUDAH

Pentingnya kita ada Philips UV-C Disinfection Box. Nak tahu sebab apa? Baca artikel ini sampai habis!

Meskipun kini telah memasuki fasa endemik, namun kita tetap perlu berjaga-jaga dalam melindungi diri daripada mendapat sebarang jangkitan. Selain menjaga kebersihan diri, barangan peribadi seperti kunci, telefon bimbit, jam tangan dan wang juga perlu diberikan perhatian.

Pastinya ramai di antara kita yang terleka untuk melakukan rutin pembersihan dan pembasmian kuman terhadap barangan peribadi, sedangkan ia perlu dilakukan secara rutin bagi mengelak sebarang  kuman berkumpul.

Menyedari perkara tersebut, Signify Malaysia  telah menghadirkan produk dengan teknologi UV-C yang mana fungsi kegunaannya memang untuk disinfeksi atau nyahkuman. Ia merupakan salah satu cara atau kaedah yang digunakan untuk mengawal atau mencegah penularan virus supaya kita selamat dan bebas dari virus dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Jadi, sesiapa yang memerlukan kotak pembersih dengan teknologi UV-C yang serba guna dan mudah digunakan, anda boleh dapatkan Philips UV-C Disinfection Box atau Kotak Pembasmian Kuman Mini UV-C Philip.Saiz yang kecil membuatkan anda mudah untuk  membawanya ke mana-mana sahaja .

Dengan ukuran yang comel ini Philips UV-C terbukti sangat sesuai untuk menyimpan barangan size kecil hingga sedang serta barangan  peribadi  seperti kunci, dompet, jam tangan, mainan kecil, wang dan sikat untuk disinfeksi dengan UV-C supaya dapat terhindar dari virus,spora,acuan dan bakteria dalam masa beberapa minit sahaja.

Philips UV-C Disinfection Box boleh melumpuhkan virus, bakteria dan spora dengan berkesan dalam masa yang singkat.

Pentingnya Kotak Pembasmian Kuman Mini Philips UV-C

Setiap barangan yang kita bawa sepanjang hari adalah tempat pembiakan virus, bakteria dan kuman. Cahaya UV-C adalah pembasmi kuman yang terbukti sangat membantu. Walaupun ia tidak dapat dilihat oleh mata manusia, tetapi mempunyai kuasa untuk menghapuskan kuman dan membasmi kuman virus dan bakteria walaupun pada objek kecil seperti kunci, dompet dan lain-lain.

Kotak pembasmian kuman UV-C Philips boleh melumpuhkan virus, bakteria dan spora dengan berkesan dalam masa yang singkat. Produk ini dapat mendisinfeksi 360 darjah untuk benda-benda kecil dengan lampu LED UV-C berlapis.  Yang menariknya lagi,  produk tersebut dapat berfungsi apabila dihubungkan ke powerbank dengan port USB Type-C. Jadi, lebih mudahlah kan dan senang untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

Sungguhpun begitu, jangan lupa untuk mematuhi semua garis panduan keselamatan manual produk Philips UV-C Disinfection Box yang telah diberikan apabila menggunakannya. 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...