Skip to main content

AYUH, JAMU SELERA DI PIZZA HUT DENGAN "LOOOOOOOOONG PARTY BOX"BERSERTA TAWARAN HEBAT

Pizza Hut ingin menarik para peminatnya untuk menjamu selera di restoran dan menikmati piza Looooooooong Party Box. 

Sepanjang bulan kemerdekaan yang ke-65, pelanggan kini boleh menikmati piza sepanjang satu meter yang didatangkan dengan tiga sos pencicah berserta minuman ringan tanpa had (free flow) untuk10 orang dengan hanya menambah RM10.

“The Long Party Box” telah diilhamkan oleh keinginan semua orang untuk berkumpul dan makan bersama-sama, sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di waktu pascapandemik ini. 

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan menyatukan orang ramai, Pizza Hut ingin mencipta sesuatu yang istimewa untuk diraikan bersama-sama,” kata Emily Chong,Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

“Memandangkan restoran kami telah pun beroperasi sepenuhnya, kami teruja untuk menggembirakan pelanggan dengan hidangan berkualiti dan pemberian nilai yang hebat,itulah sebabnya kami telah mencipta tawaran minuman ringan tanpa had dengan setiap pembelian “The Long Party Box”. 

“Kami berharap dengan tawaran ini, kami dapat memberikan pelanggan sesuatu yang menarik untuk diraikan di musim cuti dan disepanjang bulan kemerdekaan ini,” jelas beliau lagi.

Piza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut, sama ada makan di restoran ataupun untuk dibawa pulang.Manakala tambahan RM10 bagi minuman ringan tanpa had (untuk 10 orang) tersebut hanya sah dari 30 Ogos hingga 11September 2022 sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...