Skip to main content

RAIKAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA DENGAN LEXUS PEK KECERIAAN BAHARU

Sebagai sebuah negara yang menggemari makanan, snek sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Snek melangkaui umur dan generasi dengan menyatukan orang ramai menerusi kegemaran bersama terhadap makanan dan snek.

Pada bulan yang menandakan kemerdekaan negara tercinta, LEXUS meraikan kepelbagaian Malaysia dengan Pek Keceriaan edisi terhad yang menawarkan pelbagai perisa yang sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati bersama!

LEXUS merupakan salah satu jenama Munchy’s, pengeluar biskut tempatan yang mempunyai sejarah melebihi  30 tahun. Menawarkan biskut yang sedap dan sihat yang dibuat untuk seisi keluarga, jenama biskut No.1 Malaysia telah membawa kebaikan dengan ciri istimewanya sejak beberapa dekad dahulu. Dengan LEXUS, anda mendapat kepuasan ketika meraikan saat-saat indah kehidupan. Dari sandwic krim hingga ke biskut cip coklat yang serba baharu, penggemar biskut boleh menikmati hidangan manis-savouri, coklat yang lazat, atau kedua-duanya!

Kini boleh didapati untuk masa yang terhad sahaja, LEXUS Pek Keceriaan ini dihasilkan supaya pengguna boleh berkongsi kebaikan dan kepelbagaian biskut LEXUS dalam satu pek! Ia mengandungi 13 pek mudah dalam empat perisa yang lazat, iaitu: Chocolate Cream Sandwich, Salted Vanilla Cream Sandwich, Dark Choc Cookies dan Choco Coated Cream.

Dilengkapi Kad Seni & Kraf

Menikmati snek pastinya lebih menyeronokkan ketika bersama keluarga – setiap LEXUS Pek Keceriaan juga dilengkapi dengan kad seni & kraf “Malaysia & LEXUS” yang direka khas. Dengan empat (4) reka bentuk untuk dikumpulkan, ibu bapa dan anak-anak kecil boleh menikmati keseronokan bersama keluarga dengan mewarnakan dan memotong kad untuk sesi bercerita yang menarik sambil menikmati biskut LEXUS Pek Keceriaan kegemaran mereka.

LEXUS membolehkan anda memanjakan diri dengan orang yang anda sayangi, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Eratkan silaturahim antara keluarga anda pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini dengan LEXUS Pek Keceriaan edisi terhad dan cipta kenangan abadi bersama!

LEXUS Fun Pack baharu (RM9.55) boleh didapati di pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara untuk masa terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy (www.munchys.com) atau ikuti Munchy’s di Instagram (www.instagram.com/munchys.my)

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...