Skip to main content

PENYEMBUR MULUT HERBA EUGICA YANG MENYEGARKAN DAN MENENANGKAN!

Jika mulut anda terasa kering dan melekit dengan air liur yang kelihatan pekat dan bertali, anda mungkin mempunyai mulut yang kering! Lebih teruk lagi sekiranya anda mengalami kesukaran mengunyah, bercakap dan menelan, nafas yang berbau dan ulser mulut, yang semuanya merupakan tanda-tanda mulut yang rengsa dan tidak selesa!

Mulut yang kering dan rengsa biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau alahan. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain seperti pencemaran udara persekitaran, perubahan cuaca dan merokok yang boleh memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab jangkitan virus merupakan punca utama mulut kering dan merengsa, kebanyakan kes tidak memerlukan sebarang rawatan antibiotik.

Untuk melegakan kerengsaan, ramai yang kian beralih kepada ubat herba yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti madu, propolis, aloe vera, dan pudina yang terkenal dengan ciri anti-mikrob, anti-radang, menyejukkan dan melegakan untuk menenangkan simptom mulut kering dan rengsa. Kini ada penyembur mulut yang diperbuat daripada bahan herba semula jadi yang berfungsi dengan lebih berkesan sambil memberikan kemudahan semasa dalam perjalanan! 

Penyembur Mulut Herba Eugica

MEGA BiO-LiFE memperkenalkan Penyembur Mulut Herba Eugica, penyelesaian herba dan semula jadi untuk kenenangan mulut dan peyegaran nafas.

Penyembur Mulut Herba Eugica mengandungi campuran tujuh ekstrak dan minyak semula jadi tumbuhan yang dipilih dengan teliti, yang terbukti dapat mengurangkan mulut kering dan merengsa. 

Penyembur ini mengandungi ekstrak bunga Chamomile, madu, minyak pudina (Menthol), ekstrak akar likuoris, eucalyptol, serbuk propolis, dan serbuk aloe vera untuk berfungsi secara sinergi, untuk mengurangkan nafas berbau.

Sesuai untuk semua peringkat umur, Penyembur Mulut Herba Eugica boleh digunakan untuk melegakan mulut kering dan mengurangkan nafas berbau.Ia juga berguna semasa peralihan Malaysia kepada fasa endemik ini, semasa majlis perayaan, musim panas dan hujan, atau apabila mengambil terlalu banyak makanan “panas” atau berminyak.

Perokok yang mempunyai kebimbangan lain seperti nafas berbau atau mulut kering, juga boleh menggunakan Penyembur Mulut Herba Eugica untuk kelegaan dan keselesaan segera. 

Rasanya semula jadi, dan mudah dibawa bersama anda pada bila-bila masa, dan di mana sahaja!

Cara menggunakannya:  Sembur 2 hingga 3 pam terus ke dalam mulut, sekerap yang diperlukan.

Kontraindikasi

Walaupun semua penjagaan telah diambil untuk memastikan bahawa Penyembur Mulut Herba Eugica sesuai digunakan oleh orang ramai, sebaiknya anda berunding dengan pakar penjagaan kesihatan sebelum menggunakan produk ini jika anda:

  • Didapati menimbulkan tindak balas alahan atau hipersensitif terhadap mana-mana komponen yang terkandung dalam produk tersebut;
  • Alahan kepada lebah, produk lebah atau bunga
  • Mengandung atau menyusu bayi
  • Pesakit asma
  • Menggunakannya pada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Harga yang ditawarkan

Penyembur Mulut Herba Eugica BiO-LiFE (RM 15.90) ​​boleh didapati di farmasi terpilih. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan  dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan promosi BiO-LiFE, sila layari laman web rasmi atau halaman media sosial (Facebook dan Instagram)

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .