Skip to main content

MALAM MERDEKA BAH KITA 2022.JANGAN LEPASKAN PELUANG SAKSIKAN KONSERT HEBAT INI!

Dah lama tak tengok konsert? Okay jangan lupa saksikan Malam Merdeka Bah Kita 2020, yang mana mana menjelang tanggal 31 Ogos ini anda boleh meraikannya!

Hype Global Ventures mengajak anda semua berhibur dengan menyaksikan persembahan hebat artis tempatan dan juga penampilan khas artis dari Indonesia bagi menyemarakkan lagi sambutan di malam merdeka itu nanti. 

Sebelum ini Hype Global Ventures terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown.Tahun 2022, Hype Global Ventures melangkah setapak lagi dengan menganjurkan acara hiburan Malam Merdeka Bah Kita 2022. 

Apa yang lebih membanggakan, bukan satu konsert, sebaliknya dua konsert yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tawau dan juga The Mines Sri Kembangan, Selangor.

Cepat! Beli tiket sekarang sebelum kehabisan!

Malam Merdeka Bah Kita 2022 di Tawau, Sabah

Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 yang melibatkan artis tempatan dan juga penyanyi Indonesia  ini bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, pada 30 Ogos, 2022, bermula pada jam 6 petang. 

Menurut Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof, semua semua artis yang dibawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 itu mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini.

“Malah ada di kalangan artis Indonesia tersebut mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di You Tube. Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” jelas beliau yang ditemui di majlis Sesi Media Malam Merdeka Bah Kita 2022 & Malam Santai Musical, di Hotel Berjaya Times Square, KL baru-baru ini.

Kemunculan Hazama bersama persembahan yang mantap pastinya amat dinantikan peminatnya

Antara artis tempatan yang terlibat di dalam konsert yang berlangsung selama tiga hari iaitu 28 hingga 30 Ogos 2022 ini ialah Hazama, Isnin Umbrella,Shidi Data, Azan Scan, Hafiz Umbrella.Manakala penyanyi dari Indonesia pula ialah Anggra Candra, Zidan, Tri Suaka, Zidan dan Valdy Nyonk.

Selain konsert yang menjadi kemuncak pada karnival di Tawau,terdapat banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung termasuklah pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan sehinggalah pelbagai barangan dan juga pakaian.

Disamping itu, turut diadakan cabutan nombor bertuah atau lucky draw buat para pengunjung yang hadir. Pengunjung bertuah bakal membawa pulang hadiah utama sebuah motorsikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos, 2022 itu.

Harga tiket untuk konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 di Tawau, Sabah ialah RM45,RM80 dan RM120.

Lintas langsung dari Malaysia- Indonesia – kemunculan artis Indonesia Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka, Zidan dan Valdy Nyonk di pentas seni Malaysia tentunya lebih meriah!

Malam Santai Musical di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan

Bagi menyambung semarak nasionalisme, Hype Global Ventures akan mengadakan persembahan kedua di Malam Santai Musical yang di adakan di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September, 2022.

Persembahan yang membabitkan penampilan artis istimewa  Zidan,Angga Candra,Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat mereka ini.

“Pemilihan lokasi Uptown The Mines sebagai tempat artis terbabit membuat persembahan ialah kerana di sinilah tapak pemula Hype. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” jelas Johari lagi.

Harga tiket untuk persembahan di Uptown The Mines, Seri Kembangan ini adalah RM65 dan RM165 sahaja.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang konsert ini hubungi +60 12674 8347 Faizal dan +06 019 560 7948 Tado, bagi persembahan di Uptown The Mines, Seri Kembangan.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .