Skip to main content

KONSERT GARIS MASA RAIHAN BERLANGSUNG PADA 26 NOVEMBER,2022 NANTI BAKAL UBATI KERINDUAN PARA PEMINATNYA

Ternyata aura yang dimiliki oleh Raihan, kumpulan nasyid yang cukup terkenal sekitar tahun 90-an ini masih ‘menyengat’. 

Lagu-lagu nasyid seperti Bismillah, Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya dan banyak lagi telah mencetus fenomena yang cukup luar biasa dalam industri muzik tanah air.

Malahan, kehadiran Raihan seperti namanya yang membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga ini terus mendapat tempat dari  pelbagai lapisan masyarakat sehingga ke hari ini.

Kumpulan Raihan bukan setakat terkenal di negara Asia, sebaliknya turut mencipta nama di Hong Kong, Kuwait, Dubai, Thailand dan Syria.Turut dibanggakan, lagu-lagu mereka juga bergema dan disanjung tinggi sehingga ke negara Eropah, Amerika Utara sehinggalah ke benua Afrika.

Album debut berjudul “Puji-Pujian’ telah berjaya memecahkan rekod penjualan album lokal dengan meraih jualan sebanyak 750,000 unit dan sehingga kini ia belum dapat dipecahkan oleh mana-mana artis tempatan lain.

Secara tak langsung, sedikit sebanyak pencapaian tersebut membuatkan Raihan terus mendapat tempat dan juga perhatian daripada peminat muzik di seluruh pelusuk dunia.

Terus Perjuangkan Irama Nasyid

Tanpa sedari Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr dan sudah melewati lebih 25 tahun terus melangkah gagah untuk memperjuangkan irama nasyid di persada seni ini.

Meskipun bergerak bertiga, Raihan tidak pernah berputus asa dan kemunculan mereka menerusi konsert epic iaitu Garis Masa yang bakal berlangsung pada 26 November, 2022 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam  ini jelas membuktikannya.

Menurut Jim Liew, selaku penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd, Garis Masa Concert – Raihan akan membawa para peminat kumpulan ini ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan kembali nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia.

“Memandangkan Raihan pernah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta pengiktirafan, jadi kami percaya kumpulan ini mampu menarik ramai orang untuk menyaksikannya.Lagipun Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman.Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. 

Jadi, saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan ke arah kebaikan. Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an lagi dengan merentas 6 benua daripada dulu sehingga kini. Bahkan, mereka juga pernah membuat persembahan di hadapan Ratu Elizabeth dengan alunan lagu nasyid. Lagu-lagu dan persembahan mereka juga sudah merentasi Dubai, Afrika, Rusia dan banyak lagi negara,” jelas beliau lagi apabila ditanya tentang pemilihan Raihan dalam konsert tersebut.

Konsert Garis Masa Raihan

Pasti ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan konsert Garis Masa Raihan yang memakan masa 90 minit ini nanti.Dijangkakan konsert tersebut bermula pada jam 8.45 malam, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam akan menyaksikan perjalanan garis masa Raihan dengan alunan untaian hit seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah dan Senyum.

Che Amran, yang mewakili Raihan turut menzahirkan rasa syukur kerana di sebalik lambakan konsert, mereka turut terpilih untuk menyemarakkan pentas seni tanahair dengan lagu-lagu nasyid kebanggan mereka. 

“Mudah-mudah peminat lama dan baru Raihan akan terhibur dan dapat mengenali gaya muzik Raihan kali ini yang akan muncul dengan pelbagai instrument,” jelas beliau, seakan sudah tidak sabar lagi untuk menghiburkan para peminat Raihan.

Harga Tiket Yang Ditawarkan

Anda yang mahu menyaksikan konsert Garis Masa Raihan boleh mendapatkan tiket berharga RM95,RM110,RM170,RM200,RM250, RM300, RM350,RM450 dan RM500. 

Manakala untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, tiket berharga RM66.50, RM77,RM199,RM140,RM175,RM210, RM245, RM315 dan RM350

Boleh beli di https;//www.ticket2u.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .