Skip to main content

HAVOC MIDNIGHT CONCERT "KASI PECAH" PADA 3 & 4 SEPTEMBER, RAMAI ARTIS HEBAT BERAKSI!

Havoc Festival kini kembali lagi untuk tahun yang ke-enam. Beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai bakal beraksi di Havoc Midnight Concert dalam satu panggung!

Antara artis yang terlibat dalam acara yang sekian lama dinanti-nantikan ramai ini ialah Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 dan Zyn Nakal. Pastinya ia akan menjadi lebih havoc kerana saat untuk menyaksikan persembahan ‘gila’ mereka secara langsung ini amat dirindui ramai setelah sekian lama aktiviti sebegini terhenti akibat pendemik Covid 19 yang telah melanda dunia.

Tahun 2022, industri hiburan kembali rancak, yang mana Havoc Event & Managemenet Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular dikenali sebagai Havoc Food Festival tidak terkecuali untuk turut sama meraikan masyarakat dengan acara hiburan yang pastinya lebih gempak dan ‘pecah’!

Menerusi acara festival Havoc Midnight Concert yang dianjurkan, ia akan melibatkan beberapa lokasi seperti di Shah Alam, Selangor, di MITC Melaka dan di Padang B, Plaza Angsana, Johor Baharu. 

Lokasi pertama iaitu di Dataran Karnival Shah Alam bakal dihavockan oleh barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, ZynNakal, Yonnyboi dan KClique. Acara ini akan berlangsung selama dua malam berturut-turut iaitu pada 3 dan 4 September, 2022.

Harga Tiket

Peminat boleh menyaksikan persembahan hebat ini bermula dari jam 10 malam hingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone berharga RM199 dan Combo Normal Zone pada harga RM120.

Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com

Jangan Lepaskan Peluang!

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menyaksikan Havoc Midnight Concert yang berlangsung di Dataran Karnival Shah Alam pada 3hb dan 4hb September nanti, anda boleh temui barisan penghibur yang sama di MITC Melaka pada 4hb,5hb dan 6hb November,2022 depan.

Lebih mengujakan karnival Havoc ini akan diakhiri di Johor Bahru di mana , Havoc Midnight Concert akan diadakan di Padang B, Plaza Angsana pada dua malam terakhir iaitu 30hb dan 31hb Disember 2022, sebelum kita menyambut kedatangan tahun baru, 1 Januari 2023.

Menurut Firdaus Nadxaman, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Havoc Midnight Concert akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan, bukan sahaja oleh peminat-peminat muzik tempatan. 

Persembahan yang dinanti-nanti peminat daripada Kugiran Masdo
Persembahan Yonnyboi pasti ditunggu-tunggu oleh para peminatnya
Floor 88 bakal membuat persembahan dengan lagu-lagu hitsnya

“Bayangkan, dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan lagenda kita Noh Hujan, semuanya akan dinikmati pada satu malam. Jadi, jangan terlepas kerana ada tiga tempat yang menanti untuk menghiburkan anda!,” jelas beliau yang ditemui pada majlis pelancaran Havoc Midnight Concert yang berlansung di Panggung Asia, Gombak baru-baru ini.

Apa yang istimewanya di majlis pelancaran tersebut turut hadir, Tun Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Perancangan Strategik Tourism Malaysia .

Acara yang ditubuhkan sejak tahun 2019 ini turut mendapat Kerjasama dari Cuti-Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia. Jadi, selain mendapat hiburan turut berlangsung festival makanan dan jualan. 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...