Skip to main content

AQILA AFINDI DINOBAT SEBAGAI “IKON WANITA MELAYU” – PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 PLAZA SHAH ALAM

Baru-baru ini pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam.

Aqila berjaya menumpaskan harapan sembilan finalis lain PWM 2022

Aqila telah menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja.HABIB dan Ice-Watch merupakan penaja utamanya.

Berada rapat sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah sumbangan penaja-penaja lain.

Miss Personality menjadi milik Sabrina Nizam (24) dan Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja (21). Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah tajaan.

Majlis yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad (Aktor) bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie ini diadili lima juru profesional iaitu Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti).

Menyorot kembali perjalanan program PWM 2022, Seramai lebih 200 peserta hadir bagi sesi uji bakat yang diadakan selama dua hari pada 23 & 24 Julai lalu diikuti sesi separuh akhir yang berlangsung 6 Ogos menyaksikan 25 peserta bertanding untuk layak ke peringkat akhir.

Aqila menumpaskan harapan sembilan finalis lain iaitu Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha Qistina (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Yaserah Ali (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26) untuk bergelar Ikon Wanita Melayu Tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...