Skip to main content

JOVIAN SELCARE PHARMACY KINI DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

Berita baik buat warga Shah Alam kerana Jovian Selcare Pharmacy kini sudah beroperasi di Kompleks PKNS Shah Alam. Ini merupakan cawangan keempat Jovian Selcare Pharmacy.

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran pembukaan rasmi Jovian Selcare Pharmacy yang mana acara memotong reben tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif SELGATE Healthcare & Pengerusi Selcare Pharmacy iaitu Noor Hisham Mohd Ghouth. Beliau telah diiringi oleh ahli lembaga pengarah iaitu Dato’ Jovian Mandagie, Dr.Muaz Omar, Shaharul Razi Amra dan Sandraruben Neelamagham.

Selaku penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri Selangor, matlamat SELGATE kepada masyarakat adalah untuk menyediakan akses kepada semua perkhidmatan penjagaan kesihatan pada kadar yang berpatutan. 

Menerusi salah satu inisiatifnya, SELGATE menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara,menyediakan pengalaman penjagaan diri yang holistic kepada para pelanggan di farmasi, serta membuka lebih banyak klinik dan makmal di lokasi strategik yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Jovian Selcare Pharmacy menawarkan pelbagai jenis produk termasuk rangkaian penjagaan diri dan juga jenama sendiri Bersama-sama dengan jenama terkenal priduk dan bekalan perubatan serta produk kecantikan.

Selain kedai fizikalnya, Jovian Selcare Pharmacy juga menawarkan akses kepada platform dalam taliannya melalui jovianselcare.com dengan pelbagai rangkaian ubat-ubatan, produk kecantikan dan supplement kesihatan untuk dipilih.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...