Skip to main content

BAKE WITH YEN LANCAR INISIATIF UTAMA SEMPENA WORLD BAKING DAY

Bake With Yen (BWY), peruncit barangan membuat roti dan kek terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif harga utama, Harga Rendah Setiap Hari BWY (BWY Everyday Low Price yang bertujuan untuk menyokong para baker di seluruh negara dalam menghadapi cabaran peningkatan kos makanan.

Menerusi inisiatif Harga Rendah Setiap Hari, Bake With Yen komited dalam menyediakan pelbagai barangan keperluan pilihan para baker pada harga rendah di pasaran sepanjang tahun. Pengumuman berkenaan dibuat sebelum sambutan tahunan World Baking Day pada 17 Mei.  

World Baking Day

Mengumumkan inisiatif berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BWY, Alexandre Rosso berkata, “Di peringkat global, industri peruncitan sedang berhadapan dengan cabaran rantaian bekalan serta peningkatan dalam kos input. Ini telah menyebabkan harga produk makanan meningkat di seluruh dunia.

Menguruskan isu peningkatan harga adalah satu keutamaan bagi BWY kerana kami melihatnya sebagai satu tanggungjawab untuk membantu komuniti baking di Malaysia bagi menangani cabaran ini tanpa berkompromi terhadap kualiti kek dan roti atau keupayaan mereka untuk menjana pendapatan. 

“Ini merupakan pelancaran inisiatif penting sebelum meraikan World Baking Day pada 17 Mei. Ia menyatakan komitmen BWY untuk menawarkan Harga Rendah Setiap Hari.

Harga Rendah Setiap Hari

Kami mahu para baker di seluruh negara mengetahui bahawa mereka boleh mengunjungi rangkaian BWY untuk mendapatkan barangan keperluan membuat kek dan roti pada harga berpatutan. Kami menyediakan lebih 4,000 produk di 92 cawangan BWY di seluruh negara, merangkumi jenama-jenama tempatan dan antarabangsa pada harga yang bersesuaian dengan kemampuan pelanggan.

Di samping itu, kami juga memenuhi keperluan segenap peringkat baker – daripada yang gemar menyediakan kek dan roti sebagai hobi, mereka yang berkecimpung dunia baking secara separuh masa mahupun golongan profesional. Produk-produk yang ditawarkan juga menerima pensijilan Halal dan memenuhi standard kualiti dan keselamatan makanan HACCP dan GMP. Pelanggan BWY boleh berbelanja dengan yakin dengan adanya kualiti produk yang terdapat di cawangan kami, sungguhpun pada harga yang rendah.”

Malaysia telah menyaksikan peningkatan ketara dalam bilangan individu yang membuat dan menjual roti serta kek sejak pandemik COVID-19 melanda. Dengan masa yang lebih banyak terluang, kos ramuan yang meningkat dan bekalan yang terhad, rakyat negara ini telah menjadikan baking sebagai satu hobi dan mengikuti trend global untuk mencuba resipi-resipi dan idea baharu. Pada masa sama, ramai yang mengambil peluang, menjadikan baking sebagai punca pendapatan tambahan.  

Hasilnya, lebih ramai baker Malaysia menjadi lebih celik dan peka, sering kali memilih barangan membuat kek dan roti yang berkualiti pada nilai yang lebih baik. Prihatin akan perkara ini, BWY juga mempunyai jenama dalaman utama yang menawarkan nilai terbaik daripada aspek kualiti dan harga. Ia termasuk mentega Ausicows.

Tawar Harga Terbaik

Mentega Ausicows, mentega yang berharga paling rendah di pasaran iaitu pada harga RM7.90 bagi pek 250g, serta coklat dan krim keju Cottura; kacang dan buah-buahan kering Good Earth dan lepa susu Butterrich. BWY juga menawar lebih 50 jenis pra-campuran untuk, untuk memudahkan baking untuk semua.

“Fokus utama kami adalah untuk sentiasa memastikan perniagaan ini relevan kepada baker di seluruh negara. Ini bermakna, bahawa kami memastikan pelanggan mampu mendapatkan keperluan mereka pada harga berpatutan di lokasi-lokasi yang memudahkan mereka.

Dalam persekitaran operasi semasa, kami memanfaatkan skala ekonomi yang ada untuk mendapatkan sumber produk yang diperlukan para baker pada harga terbaik. Ini merupakan satu cabaran yang berterusan namun kami percaya saiz dan skala yang dimiliki BWY mampu memberikan kelebihan.

Justeru, kami menyalurkan semula penjimatan kos ini kepada pelanggan menerusi komitmen Harga Rendah Setiap Hari kami,” tambah Rosso.

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif (Bake With Yen Everyday Low Price) serta promosi-promosi dan tawaran semasa lain, ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook, atau layari laman www.bakewithyen.my

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...