Skip to main content

‘WAJAH BARU’ HOSPITAL BERSALIN DAN POLIKLINIK PUSPRAWI MDC

MDC Asia Link Berhad, syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan kini membuka semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac, 2022.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun.Turut hadir bersama di majlis tersebut adalah penasihat-penasihat MDC Asia Bhd yang juga usahawan wanita berjaya Malaysia, Datuk Faridah Hanim serta Pakar Shariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

MDC Asia Link Berhad memiliki lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).

Konsep ‘Beyond Healthcare’

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Berhad, Dr Hj Aslan Bacho, dengan konsep ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan. MDC Asia Link Berhad mempunyai visi ke arah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider in Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

“Pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini,” jelas beliau

“Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.

“Ketika ini kumpulan mempunyai beberapa hospital yang berpotensi untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya,” katanya.

MDC Asia Link Berhad juga optimis, langkah pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara serta perancangan masa hadapannya memiliki lebih banyak hospital akan membantu perancangan jangka masa kumpulan untuk disenaraikan di dalam Bursa Malaysia, yang akan dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Dr Hj Aslan Bacho berkata, perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu milik. Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta memberikan lonjakan positif kepada sektor kesihatan.

Selain itu katanya, langkah agresif kumpulan ini juga turut menyumbang kepada sumbangan sektor kesihatan dan perubatan kepada ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan yang baru kepada tenaga kerja tempatan.

Menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Komprehensif

Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran.

Penjagaan kesihatan yang holistic adalah fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi,Kota Damansara, di samping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama menyaksikan kelahiran little Caliphs ke dunia ini.

“Itu adalah tugas utama kami di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara.Ada pelbagai lagi perkhidmatan akan ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara dalam tempoh akan datang. Ini akan menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif,” tambah beliau lagi.

Selain itu, antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebgai The Sanctuary – Pusrawi. Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, menjadikan urusan lebih mudah dan selesa.

“Konsep ini akan memberikan kemudahan dan keselesaan mutlak kepada pelanggan.Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Tiada lagi hospital yang memberikan perkhidmatan seperti ini,” akhiri beliau.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi adalah:

• Klinik Obstetrik & Sakit Puan

• Klinik Pediatrik

• Klinik Fertiliti & Perancang Keluarga

• Klinik Kesihatan & Peremajaan Wanita

• Wad Bersalin 24 Jam

• Bilik Pembedahan 24 Jam

• Perkhidmatan Epidural

• Perkhidmatan Ambulan

• Khatan Bayi Lelaki & Perempuan

• Pendidikan Penyusuan Bayi

• Sonografi Imbasan Terperinci & Imbasan 3d/4d

Antara Barisan Doktor Pakar di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi:

• Obstetrik & Ginekologi

• Sakit Puan

• Pediatrik (Kanak-Kanak)

• Anesthesiologist (Bius)

• Kesihatan Awam & Peremajaan Wanita

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .