Skip to main content

EYE MO MENDIDIK DAN MEMPERKASA RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERTEGAS MENDAPATKAN "YANG SEBENAR"

Eye Mo Bekerjasama Dengan Luqman Podolski Melancarkan Kempen “The Real Thing”.

Dalam kehidupan seharian, adakah anda pernah menginginkan sesuatu tetapi diberi sesuatu yang lain? 

Mungkin pernah. Namun adakah anda perlu menerimanya? Sudah tentu tidak, kerana hati anda mungkin berkata bahawa itu bukan apa yang anda mahukan. 

Sama seperti apabila anda meminta jenama tertentu dan diberikan jenama yang seakan sama, tetapi sebenarnya berbeza. Setiap kali anda menerima jenama yang anda tidak mahu, anda tahu anda berkompromi. Sebabnya serupa tidak bermakna sama.

Eye Mo ialah jenama terkemuka dan telah berada di pasaran selama beberapa dekad dan menjadi jenama isi rumah untuk rakyat Malaysia. 

Jenama ini sangat sinonim dengan ubat titis mata sehingga ramai pengguna menggunakan istilah “Eye Mo” untuk merujuk kepada ubat titis mata sebagai satu kategori, bukan sekadar produk. Oleh itu, selalunya apabila rakyat Malaysia meminta Eye Mo, mereka ditawarkan produk penjagaan mata yang lain.

Lagi memburukkan keadaan, ia tiada di pasaran dalam tempoh antara 2013 dan 2017, yang menyebabkan pengguna membiasakan diri untuk ditawarkan produk lain, walaupun mereka sebenarnya meminta Eye Mo. 

Dalam sesetengah keadaan, pengguna diberikan jenama lain yang mempunyai nama atau pembungkusan yang kelihatan seperti sama. Selepas kembali ke pasaran pada 2017, apabila pengguna meminta produk ini , kadangkala mereka masih ditawarkan jenama lain.

Menyedari tanggungjawab yang harus dipikulnya untuk mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui Kempen “The Real Thing”. 

Dilancarkan hari ini, kempen ini bertujuan untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa Eye Mo kini kembali dalam pasaran dan meletakkan jenama itu sebagai produk yang sebenar.

Weitarsa Hendarto, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar

Weitarsa Hendarto, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar berkata, “Sesi pelancaran Kempen “The Real Thing” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bahawa jenama ini sudah kembali di pasaran. 

Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mahukannya, dan bukan jenama lain.”

Beliau juga menambah “Hanya ada satu Eye Mo, produk sebenar yang diketahui dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun. Apabila mahu meringankan masalah salah satu deria kita yang paling penting, kita tidak seharusnya berkompromi untuk mendapatkan apa yang kita percaya adalah yang terbaik dan apa yang sebenarnya kita mahukan.”

Luqman Podolski

Untuk meningkatkan kempen ini dan menjadikannya lebih nyata untuk rakyat Malaysia, jenama ini telah mendapatkan Luqman Podolski, pencipta kandungan yang popular dan terkenal, untuk berhubung dengan pengguna yang lebih muda di Malaysia.

Luqman berkongsi pengalaman ‘tidak benar’ beliau dengan penonton, dengan satu contoh apabila melihat seorang wanita dari belakang, dia menyangka wanita itu sebagai kawannya, tetapi apabila Luqman berkata ‘Hai’, dan wanita itu menoleh ke belakang, dia menyedari bahawa orang yang ditegurnya adalah seseorang yang tidak dikenali.

Dia juga berkongsi bahawa hampir setiap daripada kita telah mengambil sebungkus kerepek atau kemeja-T berjenama dan kemudiannya menyedari ia hanya serupa dengan jenama yang kita mahukan, tetapi bukan apa yang kita mahukan. 

Dia menemui jawapan kepada kejadian yang boleh dikaitkan ini dengan Kempen Eye Mo The Real Thing.

Luqman telah menjadi pengguna Eye Mo sejak sekian lama. Beliau memastikan produk ini sentiasa tersedia semasa penggambaran, semasa menulis skrip dan juga semasa aktiviti biasa seperti melayari internet atau dalam perjalanan di luar rumah. 

Dia juga mengakui sentiasa menyimpan Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist di dalam poketnya sepanjang masa.

Semasa di majlis pelancaran, Luqman Podolski berkata, “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kempen The Real Thing dengan jenama yang selalu saya gunakan sejak sekian lama. 

Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Eye Mo untuk mendidik rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka untuk mendapatkan The Real Thing. 

Saya sentiasa meminta produk yang sebenar untuk menikmati kehidupan sepenuhnya.”

“Sebagai contoh, apabila saya membeli barangan penjagaan diri, walaupun kakitangan promosi menawarkan produk yang serupa, saya tidak akan terima.

Bagi saya, serupa tidak bermakna sama. Walaupun perkara kecil seperti pergi ke gerai mamak; walaupun kawan kata terimalah sahaja dengan apa sahaja yang mereka berikan atau sediakan, saya akan sentiasa bertegas tentang apa yang saya mahukan – produk sebenar. Kehidupan saya sebenarnya tertakluk kepada pilihan yang saya buat. Saya perlu bertegas untuk mendapatkan perkara sebenar untuk menjadikan hidup saya lebih nyata,” tegasnya lagi.

Menerusi kerjasama antara Luqman Podolski dan Eye Mo, terdapat video yang secara berseloroh menggambarkan iritasi mata kita yang terganggu boleh menjejaskan keupayaan kita untuk membezakan perkara yang sebenar dan yang tidak.

Kempen The Real Thing juga mencipta perbualan di media sosial termasuk Instagram, Facebook, Tik Tok dan YouTube dengan generasi muda.

Di Malaysia, produk ini menawarkan dua varian: Eye Mo Regular, direka untuk membantu menenangkan dan melegakan iritasi mata yang ringan atau rasa pedih pada mata yang disebabkan oleh asap dan habuk; dan Eye Mo Moist, untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang menjadi kering dan letih akibat membaca atau bekerja berjam-jam di hadapan komputer.

Weitarsa menambah “Jenama ini terkenal kerana kemujarabannya dan dipercayai bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Filipina, Kemboja, Mexico, Brunei Darussalam dan banyak lagi. 

Bagi pihak pasukan Eye Mo, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan terhadap jenama ini selama beberapa dekad dan menjadikannya jenama isi rumah di Malaysia. Kami mengharapkan sokongan berterusan daripada anda.”

Walaupun dalam situasi yang mencabar ini, jenama seperti Eye Mo bekerjasama dengan rakan kongsi yang tepat untuk memberikan keyakinan kepada pengguna supaya bertegas dengan apa yang mereka inginkan. 

Kongsi mesej ini dengan keluarga dan rakan anda dan meminta mereka untuk sentiasa mendapatkan The Real Thing – Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist, kini boleh didapati di lebih 2,000+ farmasi terkemuka di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...