Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA. INI PUNCANYA!

Tentu ada di antara kita berhadapan dengan masalah mulut berbau pada saat berpuasa nie.Berpuasa dan munculnya bau mulut atau nafas berbau seakan tidak dapat dipisahkan. Dalam dunia perubatan, masalah ini disebut ‘halitosis’. Selalunya punca mulut berbau terjadi disebabkan kekeringan mulut selama berpuasa. Tanpa makan dan minum, kelenjar ludah tidak mengeluarkan air liur dalam jumlah yang mencukupi supaya dapat menjaga pernafasan agar tetap segar. Mulut berbau sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi orang yang sedang berpuasa. Selain merehatkan organ-organ tubuh, ketika berpuasa juga terjadinya proses pembersihan dan pelepasan racun dari dalam tubuh. Sebenarnya pembuangan racun atau detoks ini turut berlaku ketika kita tidak berpuasa, cuma pada masa berpuasa ia menjadi lebih meningkat dan menyeluruh. Makanan Pengambilan makanan seperti bawang mentah, petai, jering, durian dan telur boleh menyebabkan mulut berbau busuk. Kandungan makana tersebut diserap ke dalam aliran darah ketika p...

JOM, CUBA 7 RESEPI CEPAT DAN MUDAH SEMPENA PKP #DudukRumah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tentu ramai yang dah buntu nak masak apa. Marilah kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Hidangan atau resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini. 1.     Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak....

WAJIB BACA! 5 TIPS CARA BEKERJA DARI RUMAH YANG MENGUNTUNGKAN

Bekerja dari rumah memang idea yang bagus. Walau bagaimanapun bekerja dari rumah dan membuat duit adalah dua perkara yang berbeza. Usah terpedaya bahawa semua kerja yang anda lakukan akan membawa balik pulangan dari segi kewangan. Ada ibu bekerja dari rumah sekadar memenuhkan masa yang terluang kerana kebanyakan masa ditumpukan pada menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jadi, di sini adalah tidak adil jika kita memaksa ibu bekerja dari rumah ini menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Ada pula ibu yang bekerja dari rumah dengan niat memang hendak menjana pendapat. Banyak masa digunakan untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan bisnes. Manakala tugas mengurus anak pula dibahagikan kepada pembantu rumah atau pengasuh sama seperti ibu bekerja di luar. Ada juga ibu yang bekerja dari rumah mampu melakukan kedua-dua tugas serentak iaitu mengurus rumah tangga tanpa pembantu dan mengurus perniagaan. Selalunya situasi ini berlaku bila anak-anak semakin membesar atau bisnes semakin memb...

AWAS! MUSIM PKP BANYAK MAKAN PUNCA KOLESTEROL NAIK MENDADAK!

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat badan memang lain macam. Makan saja! Silap-silap kolesterol pun naik mendadak! Sudahkah anda periksa tahap kolesterol dalam darah anda? Usah diambil remeh. Bacaan kolesterol naik turut perlu dipantau sama seperti diabetes dan darah tinggi. Berapa bacaan kolesterol yang normal, tinggi dan terlalu tinggi? Untuk makluman anda, bacaan di bawah 5.2 mmpl/L adalah IDEAL. Manakala 5.2-6.1 adalah ATAS SEMPADAN dan 6.2 ke atas adalah TINGGI. BANYAK FAKTOR PENYEBABKAN KOLESTEROL NAIK, SALAH SATUNYA ADALAH GAYA HIDUP Berikut ini adalah hal-hal yang dikategorikan sebagai gaya hidup tidak sihat yang berisiko tinggi mengundang peningkatan kadar kolesterol jahat pada darah. Makanan Tidak Sihat Makanan-makanan yang tinggi kadar lemak ialah otak sapi, daging kambing, daging itik dengan kulit, kulit ayam, kerang, udang, sotong, dan telur burung puyuh. Tidak Bersenam Atau Melakukan Kerja Berat Lemak yang diambil terus terkumpul kerana tidak digunakan. Bahkan ...

LEGAKAN SAKIT KEPALA BERDENYUT DENYUT DENGAN 5 TIPS MUDAH

Anda pernah  diserang sakit kepala berdenyut denyut, rasa macam migrain? Sakit kepala berdenyut denyut ini biasanya disebabkan ketegangan tanpa disedari yang menyerang di muka, leher ataupun otot-otot tengkuk. Situasi tersebut menyebabkan rasa sakit kepala yang kuat, dan berterusan menyerang tanpa henti. Anda akan merasakan ketegangan di bahagian dahi, atas kening ataupun di kawasan belakang kepala.  Kurang tidur atau stress disebabkan bebenan kerja atau kepenatan fizikal boleh menimbulkan sakit kepala berdenyut-denyut ini. UNTUK MELEGAKAN SAKIT KEPALA BERDENYUT, CUBA CARA INI REHAT DALAM RUANGAN GELAP Istirahat dalam ruangan yang tenang, gelap dengan mata terpejam dapat melegakan sakit kepala. Jika boleh, lelapkanlah mata seketika. Usahakan untuk tidur secukupnya 7- 8 jam supaya kita terhindar daripada masalah sakit kepala ini. URUT PANGKAL LEHER Cubalah urut pangkal leher dengan ibu jari. Mulakan dari bahagian tepi telinga terus ke pusat kepala bahagian belakang. Di sam...

MESTI CUBA! 7 RESEPI RAMADAN SUPER ENAK DARI AYAM BRAND

Tinggal tak sampai sebulan lagi kita nak sambut Ramadan. Tentunya nanti pelbagai juadah enak sedia menanti untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. Lebih seronok lagi jika hidangan tersebut dapat dibuat sendiri! Untuk itu, jom kita cuba Resepi 7 Hidangan Ramadan Super Enak yang dibawakan oleh Ayam Brand ini. Semua hidangan ini mengandungi santan Santan Ayam Brand yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Santan Ayam Brand hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand).   Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.  Menangi Juga Hadiah Menarik! Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram ata...