Skip to main content

BENGKEL SOLEKAN ‘CALIT-CALIT CANTIK’ BERSAMA MUA TYA AMIR SUKSES!

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik

Penghujung tahun 2019, telah meninggalkan satu kenangan manis buat kesemua peserta yang menyertai  Beauty Workshop – ‘Calit-Calit Cantik’ Bersama Mua Tya Amir, anjuran Dea Marissa Resources (DMR).  

Apa yang menarik, Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’ ini mendapat tajaan daripada produk kosmetik Catrice Malaysia (penaja utama) dan Lelab Routine, Plain Beauty dan juga Papillion, selaku penaja bersama.

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Produk yang ditaja oleh penaja Catrice Malaysia, Lelab Routine, Plain Beauty & Papollion ini dibawa pulang oleh kesemua peserta ‘Calit-Calit Cantik’

Semua itu menambahkan lagi keseronokan para peserta untuk belajar merawat wajah dengan pemilihan produk kosmetik yang berkualiti, bebas bahan-bahan terlarang dan sesuai dengan keperluan kulit wajah masing-masing. 

Kepentingan Menjaga & Merawat Wajah

Mua Tya Amir memulakan bengkel ini dengan perkongsiannya tentang penjagaan kulit wajah serta   product knowledge. Mua Tya turut berkongsi secara terperinci berkenaan produk-produk kecantikan yang dibeli, digunakan dan mengapa dia memilih serta menyarankan agar produk tersebut digunakan secara rutin, mahupun dalam solekan harian.

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Masing-masing cuba mempraktikan apa yang telah diajar oleh Mua Tya
menerusi demo solekan

Kesemua peserta yang hadir kebanyakannya memang zero knowledge. Masing-masing kelihatan begitu teruja dan penuh semangat mendengar apa yang disampaikan oleh Mua Tya. Ada empat peserta yang datang dari jauh, Melaka semata-mata mahu menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kecantikan. Salah seorangnya, merupakan gandingan ibu dan anak. 

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Mua Tya sedang melakukan demo solekan ke wajah model – Aishah

Selepas selesai sesi demo, berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zuhur. Kemudian aktiviti diteruskan dengan sesi hands on/praktikal. Di mana setiap peserta diminta menghasilkan solekan di muka sendiri bersandarkan teknik solekan yang telah diajar oleh Mua Tya. 

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Setiap seorang peserta diberikan tunjuk ajar oleh Mua Tya
sepanjang bengkel ini berlangsung

Di samping itu, para peserta juga telah dibekalkan dengan nota ringkas. Ia berkaitan tentang penjagaan wajah serta bagaimana menjaga produk kecantikan supaya kekal bersih dan bagaimana membersihkan solekan di wajah dengan tepat. 

Setelah hampir dua jam bertungkus lumus ‘mencalit wajah’ dengan mempraktikan apa yang telah diajar oleh Mua Tya, dapat dilihat dengan jelas perubahan pada wajah setiap peserta (sebelum dan selepas).  Wow! Cukup menyerlah sekali.

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Demi minat dan mahu mempelajari tentang penjagaan diri serta solekan, empat peserta ini sanggup datang dari Melaka

Sebelum majlis berakhir, Mua Tya telah memberikan dua hadiah istimewa kepada dua orang peserta yang berjaya menghasilkan solekan yang cukup kemas. Acara berakhir dengan penyampian sijil kemahiran daripada Dea Marissa Resources kepada kesemua peserta yang terlibat dalam Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’ ini.

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Setiap peserta ‘Calit-Calit Cantik’ menerima sijil kemahiran
daripada Dea Marissa Resources (DMR)
Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Peserta paling muda, Sarah A’iesyah,15, menerima hadiah istimewa daripada Mua Tya, kerana berjaya menghasilkan solekan yang kemas
Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Transformasi sebelum dan selepas, wajah Illa. Peserta ini turut mendapat hadiah istimewa dairpada Mua Tya kerana berjaya menghasilkan solekan yang kemas.

Semoga  apa yang dikongsikan oleh Tya Amir dapat membantu mereka untuk tampil dengan kulit wajah yang sihat,  bersih, semulajadi dan lebih berseri-seri.

Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
Masing-masing pulang dengan semangat baru untuk lebih menjaga kesihatan diri serta kecantikan kulit wajah
Bengkel Solekan Calit-Calit Cantik
“Terima kasih para sponsor!! Catrice Malaysia, Lelab Routine, Plain Beauty dan Papillion. Kami happy sangat!!”

Terima kasih tak terhingga buat para penaja Catrice Malaysia (penaja utama serta penaja bersama Lelab Routine, Plain Beauty dan Papillion kerana sudi menjalinkan kerjasama ini sehingga Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’ berjalan dengan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .