Skip to main content

MAGICA EVENTS & FUNCTION HALLS BAWAKAN PREBIU EKSKLUSIF DEWAN ACARA TERBESAR DI SUBANG

MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan Subang.

MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap ini terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall.

Baru-baru ini bersempena dengan sambutanAidilfitri ini, MAGICA menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelangganmenghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuktatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saatmereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihakpengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satudimensi lain iaitu alam MAGICA. 

Majlis tersebut juga turut mendapat kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.

Ms Chen Bee Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.
Ms Chen Bee Kheng bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab sedang memberikan penerangan kepada para Media & Blogger.

TampilDengan 3 Dewan Utama

MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaituMagical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewanini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewanboleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiriuntuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Pada hari tersebut tetamu yang hadir jugaberpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan tidak keterlaluan jikadikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.

MagicalHall

Dewan utama menampilkan interiorekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiridaripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.

Barisan model yang memperagakan fesyen pengantin dan pengapit di majlis berkenaan.

Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.

Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab sedang memberikan ucapan kepada para Media dan tetamu.

Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamusecara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasilitisiap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah danmenjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Para Media dan Blogger dibawa melawat ke Magical Hall, Garden Hall dan Classic Hall.

ClassicHall

Terletak di sebelah kanan Magical Hallialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkandengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaanbersama hamparan karpet merah.

Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.

Dengan kemampuan kapasiti yang sama denganMagica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda bolehmenyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasamasing-masing.

GardenHall

Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan – sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan yang berskala lebih kecil.

dewan acara
Para media dan blogger bergambar di pelamin Garden Hall.

Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan mejaatau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yangberlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Baktaman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

dewan acara
Penerangan khusus kepada para media dan blogger diadakan di VIP Suite.

VIPSuite Rooms

Untuk anda yang bercadang menganjurkanmajlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu biliksuite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.

Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibelbersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Pertunjukan fesyen oleh Putree Bridal dan KYBC.

Pakej Perkahwinan Menarik

Dengan pasangan mempelai sebagai pelangganutamanya, Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakejperkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakarperunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakanvendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepadaperkahwinan impian.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawadengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, anda bukan sahajabakal mendapat majlis perkahwinan  sempurnadan dewan acara berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apayang sepatutnya anda belanjakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dewanini bolehlah hubungi pihak Magica Events & Function Halls di:

Level 4, StarAvenue Lifestyle Mall, 

No.3, Jalan ZuhalUS/179

Pusat KomersialArena Bintang Seksyen U5,

40150 Shah Alam,Selangor

Tel:+6012-6787795

Facebook: https://www.facebook.com/magicasubang/

Instagram: https://www.instagram.com/magicaatsubang 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .