Skip to main content

PROJEK DMR-CSR ZIARAH RAMADAN #DARIHATI123MAMANET BERSAMA MPP Zon 15 SHAH ALAM

Mengambil kesempatan keindahan dankeberkatan bulan Ramadan, DMR telah menganjurkan Projek DMR-CSR, Ziarah Ramadan#darihati123mamanet.

Projek DMR-CSR Ziarah Ramadan #darihati123mamanet adalah kolaborasi bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 15, Shah Alam dan QSR Brands(M) Holding Bhd selaku penaja utama. Kami berkunjung ke-5 buah rumah orang kurang upaya (OKU) yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan di sekitar Kg. Sg Kandis, Seksyen 36 Shah Alam.

Program Ziarah Ramadan yang julung kali diadakanoleh DMR ini adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan asasiserta menyelami kelangsungan hidup keluarga tersebut menjelang Hari Lebaran.

Projek DMR-CSR

Turut hadir sewaktu majlis penyerahansumbangan Projek DMR-CSR ini ialah Encik Abdul Manaff Yusoff, Ahli Majlis MajlisBandaraya Shah Alam(MBSA), MaJlis perwakilanPenduduk (MPP) Zon 15 dan Encik Ahmad Fahmi Hanafiah, SetiausahaKe Hormat MPP Zon 15 serta individu-individu yang terlibat dalam projek amalini.

Projek DMR-CSR Bantu Pesakit TerlantarAkibat Diserang Strok

Kunjungan pertama kami ialah ke rumah EncikKhairuddin Saleh, berusia 60 tahun. Sudah hampir setahun dia terlantar akibatdiserang strok pada bulan puasa tahun lepas. Di samping itu, beliau yang dijagaoleh anak saudaranya ini juga menghidap penyakit kencing manis.

Rumah kedua yang kami kunjungi ialah PuanSian Hassan, 83 tahun yang tinggal bersama anak perempuannya. Setahun lalu, diatelah diserang strok sehingga membuatkan dia terlantar sebegitu. Segala makanminumnya hanya melalui tiub sahaja.

Rumah ketiga yang kami kunjungi ialah EncikMohd Yusof Ishak,74 dan Puan Zabedah Mohd, 66 yang mempunyai seorang anak yangkurang upaya.

Ketabahan pasangan suami isteri ini amatdikagumi, walaupun Mohd Mahathir, 26 tahun terlantar sejak kecil lagi namunmereka tidak mahu menyerah kalah. Jauh sekali menyesali ketentuan takdir.Segala kasih sayang dan perhatian tetap dicurahkan kepada anak kesayangannyaini.

Sumbang Bakti Menjaga Ibu

Rumah keempat yang kunjungi adalah milikPuan Yan Maliki, 87 tahun yang dijaga oleh anaknya, Nina Abdul Samad. Nina yangtinggal bersama Puan Yan, berasa bertuah kerana dapat menyumbangkan bakti untukmenjaga ibunya itu. Penglihatan Puan Yan semakin kabur dan turut menghidapsakit lutut kronik.

Seterusnya kami menyampaikan sumbangantersebut ke rumah terakhir iaitu milik pasangan warga emas. Encik ZailanSaroji, 74, dan Suminah Hj. Ali, 70 tahun.

Pasangan veteran ini mempunyai 16 oranganak dan mereka tinggal berdekatan. Kesihatan pakcik Zailan yang dahulunyabekerja sebagai pengali kubur ini agak terjejas sejak 3 tahun lalu. Selainsakit lutut kronik, kini penglihatannya di sebelah kanan sudah tidak jelaslagi.

Selain berasa gembira kerana dapatberkongsi rezeki, sedikit sebanyak sumbangan yang dihulurkan ini dapat membantumeringankan persediaan mereka untuk menyambut lebaran nanti.

Projek DMR-CSR

Insya-Allah ada rezeki nanti projek amal sebeginiakan kami teruskan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang sudi menderma ataupunberminat untuk bersama-sama kami menjayakan Projek DMR-CRS #darihati123mamanetini.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yangterlibat.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .