Skip to main content

PROJEK CSR-DMR #darihati123mamanet KALI KE-5 DI ECO FREE MARKET SHAH ALAM, SEMPENA HARI BUMI 2019

Baru-baru ini portal www.123mamanet.com yangdimiliki oleh Dea Marissa Resources (DMR) telah mengadakan program amal (CSR)bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menerusi Program Eco Free  Market, bersempena sambutan bulan Ramadan pada14 April, 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.

Di samping itu, projek DMR #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca  www.123mamanet.com  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Eco Free Market Sempena Hari Bumi

Ini adalah kali ke-5penganjuran pihak kami dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Kamiberharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yangberkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untukmemberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik.

Mudah-mudahan golongan yangkurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasadi bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.

Sempena sambutan Hari Bumi, terdapat sedikit kelainan dalam Eco Free Market kali ini. Setiap pengunjung yang dating perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini.

Keperluan Dapur

Untuk projek CSR-DMR#darihati123mamanet kali ini kami agak bertuah. Selain menerima sumbangankewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapurseperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, kami turut mendapat tajaansepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd.

Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kiap Manis,Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti  Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma dan banyak lagi.

Terima kasih tak terhinggabuat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs AngelinaNadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagianCorporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yangsanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...