Skip to main content

KEBERKATAN HIDUP TERASA BILA BERZAKAT

Sebenarnya kekayaan itu tidak membawa erti apa-apa tanpa adanya keberkatan. Dengan adanya keberkatan itulah rezeki atau harta yang diperoleh, walaupun sedikit dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah sekalipun banyak harta!

 

Baru-baru ini telah berlangsung sesi wawancara khas “Countdown Berkat Harta” oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman bagi merancakkan lagi pengetahuan dan juga hebahan berkaitan zakat kepada umum.

 

Kita kena ingat, harta adalah amanah dan pinjaman dari Allah S.W.T ke atas manusia dan telah memerintahkan kepada umat Islam untuk mengeluarkan sebahagian hartanya bagi menyalurkan zakat kepada golongan yang berhak menerimanya.

 

Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus daripada rezeki atau pendapatan bulanan sebagai zakat, sudah memadai untuk kita memperoleh keberkatannya.

keberkatan

“Andai kata sudah mencukupi syarat wajib menunaikan zakat, maka wajib mengeluarkan 2.5 peratus daripada keseluruhan harta. Sekiranya gagal dilunaskan, seolah-olah kita telah mengambil hak asnaf termasuk golongan fakir dan miskin,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP,Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman

 

“Setiap amanah akan dipertanggungjawabkan dan akan ditanya di akhirat nanti, termasuklah amanah harta yang telah Allah berikan kepada kita. Bahkan harta kekayaan yang diamanahkan kepada kita juga merupakan ujian kepada manusia. Kita akan ditanya di akhirat kelak, dari mana dan bagaikan ia diperoleh serta dibelanjakan.

 

Ibadah Zakat Dalam Mencari Keberkatan

Kepentingan ibadah zakat telah dinyatakan dan diulang-ulang sebanyak 30 kali di dalam Al-Quran dan disebuk sebanyak 27 kali beriringan dengan perkataan solat. Zakat merupakan Rukun ke- 3 daripada 5 Rukun Islam selepas solat mula diwajibkan pada tahun kedua hijrah.

 

Ibadah yang berkaitan harga ini ada dua, yang mana satunya adalah dalam bentuk ibadah wajib (zakat) dan dalam bentuk sunat (sedekah).

 

Keberkatan dalam kehidupan adalah sangat penting dan berapa ramai orang yang kaya raya, punya wang dan segalanya dalam kehidupan tetapi masih merasakan tidak cukup untuk menampung keperluan hidup. Dan di sinlah terletaknya nilai apa yang dinamakan sebagai keberkatan rezeki,” jelas beliau panjang lebar.

 

Zakat Harta Yang Wajib Ditunaikan Zakat

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas

 

Jadi, janganlah kita berlengah-legah lagi. Jika ada yang masih kurang faham atau mahu membuat pertanyaan dan penafsiran semula zakat atau sebagainya, silalah ke mana-mana 11 cawangan kaunter zakat ataupun hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

 

Di samping itu, terdapat dua cara mudah yang telah PPZ-MAWP sediakan iaitu membuat pembayaran zakat secara online menerusi Portal Zakat PPZ-MAIWP dan melalui potongan gaji zakat (Skim Thohir).

 

Tinggal tak sampai sebulan lagi, kempen Jom Berzakat @zakat.com.my dan Jom Sertai Kempen Skin Thohir 2018 akan berakhir pada 31 Oktober ini. Tunggu apa lagi, cepatlah sertainya dan mana tahu ada rezeki anda untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah Pakej Umrah. Pihak PPZ-MAIWP telah bekerjasama dengan penaja iaitu Five Estec Travel Sdn Bhd dan SeriGroup Global Sdn. Bhd. bagi merancakkan lagi kempen tersebut.

keberkatan

Tiada alasan lagi untuk kita tidak menunaikan zakat sekiranya layak. Kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul bukan sahaja akan memberikan kita banyak pahala.

 

Bahkan menjihadkan hati  kita dengan membuang rasa taksub terhadap harta yang dimilik serta membuatkan kita sentiasa rasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki daripada Allah SWT.

 

Mudah-mudahan dengan zakat yang ditunaikan itu kita mendapat keberkatan hidup disisi-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...