Skip to main content

RESEPI SPAGHETTI AYAM DENGAN SOS PESTO

Suka makan spaghetti? Kali ini Mamanet kongsikan satu menu istimewa oleh Curtis Stone, yang mana bakatnya telah dicungkil menerusi Top Chef Jr. Resepi spaghetti ayam dengan sos pesto yang dihasilkannya ini sungguh enak dan anda patut mencubanya!

Top Chef Jr, pertandingan memasak realiti yang berasaskan konsep yang sama seperti program Top Chef yang pernah memenangi Primetime Emmy Award.Dalam siri tersebut kita akan mengikuti perjalanan 12 kanak-kanak yang berbakat berusia antara 11 hingga 13 tahun yang  bertanding antara satu sama lain untuk menjadi Top Chef Junior yang pertama.

resepi speghetti
TOP CHEF JUNIOR — Episode 106 — Pictured: (l-r) Head Judge Curtis Stone, Guest Chef Joshua John Russell, Fuller Goldsmith — (Photo by: Dale Berman/Universal Kids)

Program ini dihoskan oleh pelakon Vanessa Lachey, dengan Top Chef Masters dan pengacara Top Chef Duels, Curtis Stone sebagai ketua hakim. Curtis Stone (lahir 4 November 1975) mula belajar memasak sejak kecil dibawah bimbingan ibunya dan neneknya. Sekarang, beliau bukan sahaja seorang chef yang terkenal, tetapi juga seorang penulis buku terlaris, pengusaha dan seorang personality TV.

resepi speghetti

Anda boleh menonton siri Top Chef Jr dari hari Selasa hingga Khamis, jam 8 malam di Lifetime (Saluran Astro 709)! Sementara itu, nikmati resipi spaghetti ayam dengan sos pesto lazat ini yang dibuat oleh Curtis Stone sendiri .

 

RESEPI SPAGHETTI AYAM DENGAN SOS PESTO

Bahan-bahanresepi speghetti

Sos Pesto:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ½ sisir daun kemangi (basil) segar (kira-kira 1 1/2 cawan)
  • 1/3 cawan dan 1/4 cawan kacang pain (pine nuts), digoreng tanpa minyakresepi speghetti
  • 1/3 cawan keju Parmesan yang diparut
  • 1/4 cawan dan 3 sudu besar minyak zaitun

 

Ayam:

  • Garam dan lada hitamresepi speghetti
  • 4 ketul dada ayam tanpa kulit

 

Pasta:

  • 270g spageti
  • 1 ½ sudu besar daun pasli yang dicincang kasar
  • 30g keju Parmesan, untuk hiasan
  • 1 ½ sudu besar daun basil yang dikoyak-koyak, untuk hiasan

 

CARA MENYEDIAKAN:      

Masa Persediaan: 22minit

Masa Memasak: 21minit

Masak untuk: 4 orang

Masak Terlebih Dahulu: Pesto boleh dibuat 2 hari sebelum, disimpan dalam bekas yang bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk

* Panaskan ketuhar hingga 200 ° C.

 

Cara Membuat Sos Pesto:

  1. Menggunakan batu lesung atau alat-alat lain, tumbuk bawang putih hingga ia hancur. Tambah 1 1/2 pelepah daun kemangi dan tumbuk sehingga ia sebati. Campurkan keju Parmesan yang telah di parut. Tambah 1/3 cawan kacang pain dan tumbuk sehingga ia hancur.
  2. Perlahan-lahan campurkan 1/4 cawan minyak zaitun. Perasakan pesto dengan garam dan lada. Letak di tepi.

Cara Memasak Ayam:

  1. Dalam periuk yang boleh dimasukkan di dalam ketuhar, masukkan 1 sudu besar minyak apabila periuk telah betul-betul panas. Taburkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya pada dada ayam. Masak dada ayam sehingga ia bertukar warna ke coklat keemasan dan biarkannya betul-betul masak, kira-kira 2 minit pada setiap sisi.
  2. Angkat periuk dari dapur. Ratakan sos pesto di bahagian atas dada ayam. Pindahkan kuali ke ketuhar dan bakar sehingga ayam dimasak, kira-kira 8 minit.

 

Cara Memasak Spaghetti:

  1. Dalam periuk besar, isikan air dan garam dan tunggu hingga ia mendidih. Kemudian masukkan spaghetti pada api yang tinggi. Kacau sekali-sekala untuk mencegahkannya daripada melekat. Masak spaghetti kira-kira dalam 8 minit.
  2. Setelah masak, tapis spaghetti, ambik 1/2 cawan air memasak pasta dan masukkan ke dalam periuk besar yang terletak di atas api sederhana.
  3. Kacau 1 sudu besar minyak zaitun ke dalam air memasak pasta yang disediakan untuk menggabungkan dengan baik. Masukkan spaghetti dan daun pasli dan gaul hingga rata.

Cara Penyediaan:

  1. Menggunakan garpu, putarkan pasta di keliling garpu. Keluarkan pasta dari garpu dan gulungnya di tengah pinggan. Ulang untuk setiap hidangan.
  2. Potong setiap dada ayam secara melintang dan pepenjuru kepada 4 keping. Susun kepingan ayam bersama spaghetti.
  3. Hiaskan dengan baki 1/4 cawan kacang pain, keju Parmesan, dan basil yang dikoyak- koyakan. Tuangkan sedikit baki 1 sudu besar minyak dan siap untuk dinikmati.

resepi speghetti

Okay, selamat mencuba resipi spaghetti ayam dengan sos pesto yang lazat ini.

Kredit Resepi:  Curtis Stone’s “What’s For Dinner?” cookbook.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...