Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

NAK MEKAP NAMPAK FLAWLESS? IKUT 6 TEKNIK PAKAI FOUNDATION INI!

FOUNDATION MERUPAKAN SALAH SATU ITEM SOLEKAN YANG CUKUP PENTING. PEMAKAIAN FOUNDATION  ATAU BEDAK ASAS DAPAT MEMBANTU MERATAKAN WARNA KULIT, MENYAMARKAN SEGALA NODA DAN BUAT KULIT MUKA KITA NAMPAK FLAWLESS . JADI, KITA KENA TAHU TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG BETUL SUPAYA MUKA KITA TIDAK NAMPAK SEPERTI TOPENG!   Ada di antara kita yang merasakan terlalu sukar untuk memakai foundation . Hakikatnya tidaklah sesukar mana, asalkan kita tahu teknik pakai foundation yang tepat. Tak kiralah foundation yang kita pilih itu berbentuk cecair ataupun padat.   BERIKUT BEBERAPA TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG TEPAT:   PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT Bagi mendapatkan hasil foundation yang sempurna, kita perlu pastikan juga foundation yang kita pilih itu sesuai dengan kulit kita. Pemakaian foundation yang tidak sesuai boleh merosakkan penampilan dan hasil mekap kita.   Ada di antara kita memilih warna foundation satu atau dua, lebih cerah daripada warna asli kulit kita. I...

8 PENYEBAB GIGI TERASA NGILU BILA MAKAN AIS KRIM DURIAN

TERINGIN NAK MAKAN AIR KRIM DURIAN YANG SEDANG VIRAL SEKARANG. MALANGNYA RASA NGILU GIGI YANG MENCUCUK MEMBUATKAN KITA TAK BERANI MENYENTUHNYA. BUKAN ITU SAHAJA, GIGI TERASA NGILU KETIKA MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN PANAS ATAU MASAM JUGA. APA PUNCANYA GIGI TERASA NGILU NI?   Gigi sensitif adalah antara penyebab gigi ngilu. Penjagaan gigi sensitif perlu dilakukan  untuk menjaga gigi supaya tidak menjadi terlalu ngilu apabila kita menikmati makanan ataupun minuman kegemaran.   Masalah gigi sensitif lebih mudah menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Penyebabnya adalah kerana lapisan enamel yang kian menipis seiring dengan pertambahan usia serta penurunan gusi dan terbukanya dentin (satu lapisan di bawah enamel).   Rasa ngilu yang berkaitan dengan sensitiviti juga biasanya terjadi dalam saraf gigi. Pembentukan lapisan email gigi yang kurang sempurna  juga boleh membuatkan gigi sensitif. Sisa-sisa makanan yang menebal di kawasan pertemuan gigi juga boleh menimbulkan rasa ...

7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG DENGAN MUDAH

SUKAR MELELAPKAN MATA ATAU TIDUR PADA MALAM HARI SERING DIALAMI OLEH WANITA MENGANDUNG. MASALAH INI BIASANYA BERLAKU PADA TRIMESTER KETIGA ATAU KETIKA USIA KANDUNGAN MENCECAH 8 BULAN. JADI, KETAHUI 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM INI DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!   Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.   Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat. ...

HOTEL ON THE PARK DIBERI IMEJ & NAMA BAHARU GANTI HOTEL THEME PARK

HOTEL THEME PARK, RESORTS WORLD GENTING TELAH MENYIMPAN BANYAK NOSTALGIA BUAT PARA TETAMU YANG PERNAH MENGINAP DI HOTEL INI SEJAK BERGENERASI LAMANYA DAN IA MERUPAKAN SATU-SATUNYA HOTEL TAMAN TEMA YANG TERLETAK DI ATAS PUNCAK GUNUNG.   Hotel tersebut kini dikenali sebagai Hotel On The Park bersesuaian dengan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dibina bersebelahannya. Ia memiliki rekaan struktur lama, berinspirasi bentuk berkotak, berkonsep retro dan bercirikan reka bentuk industri.   “Kami inginkan sesuatu yang lebih menarik, baharu dan berbeza,” kata Dato Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Hotel, Resorts World Genting ketika ditanya mengenai pembangunan Hotel On The Park. Dato Edward Holloway Pihak resort berusaha mencari jalan bagi membolehkan lebih ramai tetamu menginap, tanpa melibatkan sebarang perubahan pada struktur hotel dan masih mengekalkan jumlah bilik yang sama iaitu sebanyak 448. Hotel berkonsep ‘bukan semua anda liha...

JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

APAKAH JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG? SEBENARNYA ADA BANYAK JUS BUAH YANG BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. LAGIPUN JUS BUAH BANYAK MENGANDUNGI MINERAL, NUTRISI DAN VITAMIN.   Pengambilan jus buah ini sangat disarankan buat ibu mengandung. Buah-buahan yang berkhasiat dibuat jus mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan janinnya.   Kandungan vitamin  dalam jus terbaik daripada buah-buahan terpilih berguna untuk mencegah kecacatan pada janin dan masalah kesihatan pada si ibu.   Ada banyak jenis buah dan sayur yang boleh dijadikan sebagai menu minuman sihat sepanjang kehamilan tersebut. Selain kaya dengan vitamin, terdapat asid folik, zat besi dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan.   BERIKUT BEBERAPA JENIS JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG: JUS TOMATO Tomato kaya dengan vitamin A, C dan E. Selain itu, kandungan asid folik, asid sitrat dan likopen mamu membantu ibu mengandung menjaga kesihatannya.   JUS LOBAK MERAH Lobak merah adal...

MERAWAT MISS V DENGAN 7 JENIS MAKANAN SIHAT

SELAIN MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN, MERAWAT MISS V JUGA PENTING UNTUK DIBERIKAN PERHATIAN. ADA BANYAK PENYAKIT SERIUS YANG BAKAL MENYERANG WANITA KALAU TAK MENJAGA KEBERSIHAN SERTA KESIHATAN MISS V!   Lagipun pertambahan usia, bukan hanya kulit sahaja yang mengalami kesan penuaan. Bahkan Miss V atau vagina kita pun turut mengalami penuaan.   Miss V yang sihat memiliki tahap pH semulajadi asid dan banyak bakteria sihat yang membantu mencegah infeksi. Selain menjaga kebersihan, terdapat beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan kesihatan Miss V.   BERIKUT ADALAH ANTARA MAKANAN YANG SEMEMANGNYA BAGUS UNTUK MERAWAT MISS V:   AIR MASAK Pengambilan air masak pada setiap hari bukan sahaja mampu menjaga kesihatan seseorang. Malahan juga bagus untuk merawat Miss V bagi menjaga kelembapannya.   Selain itu, air masak juga mengandungi mineral yang berupaya menjaga kestabilan suhu pada kawasan tersebut.   BAWANG PUTIH Bawang putih dapat membantu kita mengatasi ma...