Skip to main content

5 CARA TERBAIK DAPATKAN TIDUR BERKUALITI

TIDUR YANG NYENYAK PADA MALAM HARI AKAN MEMBUATKAN BADAN KITA TERASA LEBIH SEGAR KEESOKAN HARINYA. KETAHUI CARA TERBAIK MENDAPATKAN TIDUR BERKUALITI. TERNYATA TIDAK SUSAH!

 

Walaupun sedia maklum kita memerlukan waktu istirahat dan tidur yang mencukupi supaya badan kita kembali segar dan bersedia untuk memulakan aktiviti baru. Namun, masih ramai di antara kita yang sebenarnya belum mencukupi keperluan tidur, sehingga tidur pun menjadi kurang berkualiti.

 

BERIKUT BEBERAPA CARA MEMILIKI TDUR BERKUALITI PADA MALAM HARI:

 

  1. ELAKKAN TIDUR PADA SIANG SEPANJANG HARI

Tidur siang sepanjang hari boleh menjadi penyebab mengapa kita sukar tidak di malam hari.

 

Oleh sebab itulah kita disarankan supaya tidak tidur pada siang hari atau menghadkannya untuk tidur tidak lebih dari 30 minit. Waktu yang sesuai ialah antara jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari.

tidur berkualiti

  1. JAUHI MAKANAN BERAT SEBELUM TIDUR

Pengambilan makanan berat sebelum tidur akan membuatkan sistem penghadaman kita bekerja keras.

 

Pengambilan makanan berat itu juga boleh membuatkan kita susah untuk melelapkan mata dengan cepat. Jika kita berasa terlalu lapar pada malam hari, makan sahaja makanan ringan seperti biskut, cereal ataupun susu.

tidur berkualiti

 

  1. ELAKKAN BEKERJA ATAU MENONTON TV DI BILIK TIDUR

Pastikan kita gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan beristirahat. Cuba elakkan bekerja di tempat tidur supaya fikiran kita menjadi lebih tenang dan relaks.

 

Di samping itu, kita mesti lupakan apa sahaja yang berkaitan dengan soal kerja, deadline ataupun segala masalah yang ada untuk seketika.

 

Selain itu, jauhi laptop, handphone, televisyen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kita tergoda untuk berjaga larut malam dan online.

 

Cahaya yang terpancar dari handphone juga boleh mengalih konsentrasi sehingga pada akhirnya kita akan menjadi sukar untuk tidur.

tidur berkualiti

  1. HINDARI MELAKUKAN SENAMAN BERAT SEBELUM TIDUR

Senaman berat yang dilakukan sebelum tidur boleh membuatkan tubuh kita menjadi lebih segar dan memerlukan masa yang agak lama untuk tenang kembali.

 

Untuk menghindari masalah sukar melelapkan mata selepas bersenam, kita disarankan mengantikan senaman berat itu dengan aktiviti lain seperti senaman yoga, mandi air panas suam, mendengar muzik ataupun membaca novel.

tidur berkualiti

  1. PADAMKAN LAMPU

Ramai di antara  kita yang menyalakan lampu ketika sedang tidur. Padahal, lampu yang terpasang akan memberikan efek buruk pada kualiti tidur kita.

 

Jadi, adalah lebih baik jika kita memadamkan lampu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur berkualiti.

 

Lagipun cahaya lamu boleh menurunkan kadar melatonin yang dikeluarkan tubuh, sehingga boleh membuatkan rasa mengantuk kita jadi berkurangan dan membuatkan kita sukar melelapkan mata.

tidur berkualiti

Sebenarnya ada banyak cara untuk mendapatkan tidur berkualiti yang boleh diterapkan. Mulai hari ini, cuba tetapkan masa tidur setiap hari supaya badan dapat menyesuaikan waktu tidur yang stabil.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...