Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

TAMPIL LEBIH STYLISH DENGAN FESYEN HITAM PUTIH

FESYEN HITAM PUTIH CUKUP MEMIKAT KERANA SELALU MENINGGALKAN KESAN KLASIK DAN ELEGAN BUAT SI PEMAKAINYA.   Fesyen ini serasi digayakan oleh kaum wanita dan juga lelaki tanpa mengira usia. Meskipun sering dianggap sebagai pilihan gaya paling selamat, namun kita perlu tahu cara memadankan fesyen hitam putih ini dengan kesesuaian bentuk badan kita. Barulah nampak lebih ‘meletop’! PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGGAYAKAN FESYEN HITAM PUTIH. PASTIKAN KITA MENGGUNAKAN KUASA SEBENAR WARNA HITAM PUTIH!   EFEK YANG LEBIH LANGSING Jika punggung dan paha kita besar, jadi kita perlu samarkan dengan pilihan seluar atau skirt berwarna hitam serta dipadankan dengan baju berwarna putih.   Tumpuan mata orang yang memandang atau melihat kita akan terarah pada bahagian pinggang ke atas.   Jika mahu mengenakan seluar hitam berpotongan skinny, pastikan kita memilih yang bahagian bawahnya sedikit melebar.   Sekiranya lengan kita besar, kita perlu memilih blouse dengan lengan ¾...

5 CARA TERBAIK DAPATKAN TIDUR BERKUALITI

TIDUR YANG NYENYAK PADA MALAM HARI AKAN MEMBUATKAN BADAN KITA TERASA LEBIH SEGAR KEESOKAN HARINYA. KETAHUI CARA TERBAIK MENDAPATKAN TIDUR BERKUALITI. TERNYATA TIDAK SUSAH!   Walaupun sedia maklum kita memerlukan waktu istirahat dan tidur yang mencukupi supaya badan kita kembali segar dan bersedia untuk memulakan aktiviti baru. Namun, masih ramai di antara kita yang sebenarnya belum mencukupi keperluan tidur, sehingga tidur pun menjadi kurang berkualiti.   BERIKUT BEBERAPA CARA MEMILIKI TDUR BERKUALITI PADA MALAM HARI:   ELAKKAN TIDUR PADA SIANG SEPANJANG HARI Tidur siang sepanjang hari boleh menjadi penyebab mengapa kita sukar tidak di malam hari.   Oleh sebab itulah kita disarankan supaya tidak tidur pada siang hari atau menghadkannya untuk tidur tidak lebih dari 30 minit. Waktu yang sesuai ialah antara jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari. JAUHI MAKANAN BERAT SEBELUM TIDUR Pengambilan makanan berat sebelum tidur akan membuatkan sistem penghadaman kita bekerja keras. ...

5 BAHAYA MENGGERUNKAN KALAU KITA TAHAN BERAK

ANDA SUKA TAHAN BERAK ATAU MEMBUANG AIR BESAR? JANGAN SELALU YA, ADA BAHAYA YANG MENANTI! SAMA JUGA SEPERTI KITA MEMBUANG AIR KECIL (KENCING), MEMBUANG AIR BESAR (BERAK) BOLEH MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, TANPA DISANGKA.   Kalau berada di rumah atau tempat-tempat yang ok, kita memanglah rasa selamat. Boleh sahaja melunaskan hajat tersebut tanpa sebarang gangguan.   Namun, hasrat tersebut pastinya terpaksa disimpan apabila keadaan persekitaran atau tempat untuk kita melunaskan hajat itu agak tidak selesa, sudah pasti kita terpaksa menahannya.   Kerap tahan berak ataupun buang air besar  boleh memberikan efek negatif pada kesihatan kita. Ketika najis menyentuh bahagian rektrum, itu memang menunjukkan bahawa kita perlu segera mengeluarkannya.   BERIKUT ADALAH BEBERAPA BAHAYA KALAU KITA KERAP TAHAN BERAK:   NAJIS JADI KERAS Jika tidak segera dikeluarkan, kotoran atau najis akan mengeras dan menjadi semakin sukar untuk dikeluarkan kecuali dengan cara dipaksa.   Tent...

5 MAINAN KANAK KANAK YANG MAMPU MERANGSANG KECERDASAN OTAK ANAK

SELAIN BELAJAR, KECERDASAN OTAK ANAK JUGA BOLEH DIASAH MENERUSI PERMAINAN. PASTIKAN KITA MEMILIH MAINAN KANAK KANAK YANG TEPAT DAN MAMPU MERANGSANG KEMAMPUAN OTAKNYA!   Sekarang ini ada banyak mainan kanak-kanak yang dibuat khas untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Jadi, kita sebenarnya tidak susah untuk memilihnya.   Perkembangan otak terjadi pada setiap peringkat atau tahap usia anak. Ketika bermain, anak akan mempelajari pelbagai perkara baru dan ini merupakan perkara penting untuk menstimulasikan kecerdasan serta tahap perkembangannya.   BERIKUT ANTARA MAINAN KANAK-KANAK YANG DIPERCAYAI DAPAT MENUNJANG KECERDASAN OTAK ANAK:   FLASH CARD Flash card dipercayai sangat efektif untuk membuatkan anak-anak berkembang dengan lebih bijak.   Flash card adalah antara mainan kanak-kanak yang sangat bagus, bermain sambil belajar. Melalui gambar yang tertera di flash anak dapat mengenal huruf, angka, warna, bentuk, haiwan dan sebagainya.   Bermain dengan flash c...

5 SOLUSI MERAWAT KULIT MUKA MASA CUACA PANAS TERIK

KUNCI UTAMA MILIKI KULIT YANG  CANTIK  ADALAH BAGAIMANA CARA KITA MERAWAT KULIT MUKA SUPAYA KESIHATAN KULIT KEKAL SIHAT TERUTAMA DALAM KEADAAN CUACA YANG PANAS TERIK.   Tidak dinafikan kebanyakan daripada  kita lebih selesa mengenakan mekap di muka supaya nampak lebih cantik dan segar.   Dalam keadaan cuaca panas macam sekarang ni, kulit muka kita boleh nampak kering dan kusam walaupun mengenakan mekap.   Bagi menghindarinya kita boleh melakukan beberapa cara untuk merawat kulit muka kita agar kembali sihat dan berseri. TIP MERAWAT KULIT MUKA DALAM KEADAAN CUACA PANAS:   PAKAI PELEMBAB Kulit muka memerlukan pelembab supaya tidak kering demi menjaga kesihatan kulit muka.   Selain itu, pelembab muka yang mengandungi UV protection dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang terik. KRIM PELINDUNG MATAHARI Ketika dalam keadaan cuaca yang panas atau terik, perkara yang penting adalah memakai krim pelindung matahari.  Cara ini mampu merawat kulit muka kita su...

4 SOLUSI SOROK LEMAK DI PERUT, PINGGANG, PAHA DAN LENGAN!

MEMILIKI LEMAK DI PERUT, PAHA DAN LENGAN MEMANG BOLEH MENGANGGU PENAMPILAN. NAMUN, ADA BEBERAPA CARA UNTUK MENUTUPI LEMAK DI PERUT, PINGGANG, PAHA MAHUPUN DI LENGAN!   Rasanya bukan sedikit di antara kita yang mempunyai lebihan lemak di perut. Sudah pasti perkara ini sangat menganggu penampilan kita. Tapi jangan risau, Mamanet tahu trik menyamarkan lemak di perut, pinggang, paha mahupun di lengan.   BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MENUTUP LEMAK DI KAWASAN BERBAHAYA LEMAK DI PERUT Salah satu solusi menyamarkan segala lemak yang ada, elakkan memakai pakaian yang mempunyai banyak detail pada bahagian perut, drapery atau potongan high waist kerana ia hanya dapat mengarahkan perhatian orang pada perut buncit kita.   Selain itu, hindari juga mengenakan jaket berpotongan crop kerana tidak dapat menutupi kawasan perut. Sebaiknya pilihlah pakaian bersiluet longgar. Di samping itu, pilih pakaian bahagian atas yang berkolar rendah atau pemakaian rantai bersaiz besar.   Untuk penampilan yang...

BAKING SODA JADIKAN RAMBUT ANDA KUAT DAN BERKILAU

BAKING SODA MEMPUNYAI BANYAK KEGUNAAN. SELAIN MENAMBAHNYA KE DALAM RESIPI KEGEMARAN, ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKANNYA UNTUK MEMBERSIHKAN RUMAH DAN MERAWAT BEBERAPA MASALAH KESIHATAN. TAPI PERNAHKAH ANDA CUBA MELETAKKANNYA DI ATAS KEPALA?   Ya, menggunakan baking soda sebagai ganti syampu boleh membuatkan rambut anda lebih kuat dan berkilau. Ia benar-benar selamat dan merupakan cara semulajadi untuk meningkatkan pertumbuhan dan mencegah keguguran rambut. Paling terbaik adalah ia tidak semahal syampu.   Jika anda masih ragu-ragu, baca info di bawah mengenai kenapa anda perlu mula menggunakan baking soda bagi tujuan tersebut. # 1  MENCUCI RAMBUT ANDA SEBAIK MUNGKIN Sering kali kita tidak dapat membasuh rambut sepenuhnya dan meninggalkan kesan syampu dan perapi pada rambut. Hal ini menjadikan rambut berat dan berminyak. Kesannya rambut akan mudah gugur dan rosak. Baking soda akan mengeluarkan semua kesan ini dan memastikan rambut anda benar-benar bersih.     # 2 MEMBERSIHK...

8 TANDA SUAMI CINTAKAN ANDA SEPENUHNYA

PERKAHWINAN BUKAN JAMINAN UNTUK ANDA HIDUP BAHAGIA SEPANJANG MASA. BANYAK PASANGAN BERASA CURIGA ATAU TIDAK YAKIN DENGAN KETULUSAN DAN KETELUSAN PASANGAN MASING-MASING. SEBAIKNYA ANDA TAHU TANDA SUAMI ANDA BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA.   Sebaik melangkah ke alam perkahwinan, bersedialah bahawa anda akan sering diuji dengan pelbagai hal khususnya sikap pasangan masing-masing. Usah memaksa diri untuk terlalu berkira dengan pasangan. Biarlah dia jadi dirinya yang sebenar. Begitu juga anda.   Kemudian, perhatikan tingkah lakunya. Jika dia mencintai anda, pasti dia akan berusaha untuk tidak menyakiti anda.   8 TANDA SUAMI BENAR-BENAR CINTAKAN ANDA! Dia Beri Perhatian Pada Anda Jika suami anda gembira apabila sesuatu yang baik berlaku kepada anda, itu bermakna anda tidak boleh melepaskannya. Dia akan berada di sisi anda sepanjang masa tidak kira dalam keadaan baik atau sebaliknya. Biasanya, dia akan memberi anda hadiah, bukan sahaja untuk tarikh-tarikh tertentu tapi hari-hari bia...

6 CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS DI KAKI DENGAN CEPAT

SELALUNYA KUDIS BIARPUN SUDAH SEMBUH TETAPI BEKAS LUKANYA SUKAR UNTUK DIHILANGKAN SERTA MEMAKAN MASA YANG CUKUP LAMA. APATAH LAGI, JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BETUL. JADI, KENALAH TAHU CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS.   Biasanya bekas atau kesan kudis yang tidak dirawat dengan betul akan meninggalkan tanda berwarna coklat ataupun kehitaman pada kulit.   Ada beberapa petua semulajadi yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan bekas luka kudis tersebut. Dengan mempraktiknya secara teratur, luka kesan kudis tersebut pun akan beransur-ansur hilang.   BERIKUT BEBERAPA CARA HILANGKAN BEKAS KUDIS SECARA SEMULAJADI DENGAN CEPAT:   BAWANG MERAH Cara semulajadi yang cepat untuk menghilangkan kesan kudis adalah dengan menggunakan bawang merah.   Caranya sangat mudah, kita hanya perlu tumbuk halus bawang merah, kemudian sapukannya pada bekas luka tersebut. MADU DAN PUTIH TELUR   Selain itu, cara hilangkan bekas kudis yang boleh kita amalkan adalah dengan menyapu campuran p...