Skip to main content

Penyakit Osteoporosis, Cegah Dengan Cara Lebih Mudah

Kualiti hidup seseorang akan mula menurun apabila penyakit osteoporosis datang menyerang. Penyakit osteoporosis ini sangat akrab dengan kaum wanita, terutama mereka yang mengalami penurunan hormon estrogen dan progesterone menjelang masa menopaus.

 

Penyakit ini terjadi ketika tubuh anda menyerap lebih tulang daripada menghasilkannya. Bermakna, tulang akan kehilangan kepadatan, menjadi lemah dan mudah patah tulang.

 

penyakit osteoporosis

 

Sebenarnya, proses tersebut bukanlah satu-satunya penyebab osteoporosis. Ada banyak faktor lain sebagai penyumbang dan memburukkan lagi penyakit osteoporosis ini.

 

Antaranya kekurangan kalsium, kekurangan vitamin D, faktor keturunan, perubahan hormon, kurang bersenam, diet yang tidak betul dan pengambilan kafien secara berlebihan.

 

[btn text=”KETAHUI MASALAH WANITA MENOPAUS, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/6-masalah-kesihatan-wanita-menopaus/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa cara untuk mencegah penyakit osteoporosis:

 

  1. penyakit osteoporosis Kalsium Yang Mencukupi

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mencegah penyakit ini adalah dengan pengambilan makanan yang banyak mengandungi kalsium.

 

Dalam sehari, wanita digalakkan minum susu untuk tulang atau susu tinggi kalsium. Susu biasa tidak mampu untuk menjaga kepadatan tulang, terutama wanita yang sudah memasuki usia 40 an.

 

Jika anda termasuk dalam kategori wanita yang alergi terhadap susu dan sedang atau hampir menopause, ada baiknya anda mengambil supplement kalsium untuk menjaga kepadatan dan kekuatan tulang.

 

 

  1. penyakit osteoporosis Vitamin D

Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk kepadatan dan kekuatan tulang.

 

Pengambilan vitamin D yang mencukupi akan membantu kerja tulang dalam penyerapan kalsium dalam tubuh.

 

 

 

  1. penyakit osteoporosis Rutin Bersenam

Pesakit osteoporosis yang mengalami pereputan tulang dilarang sama sekali untuk melakukan senaman berat. Senaman berat boleh menyebabkan keadaan tulang menjadi semakin buruk.

 

Senaman yang disarankan bagi pesakit osteoporosis adalah berjalan kaki dan berjogging. Kedua senaman tersebut bagus untuk mencegah osteoporosis.

 

Dengan melakukan senaman tersebut secara rutin, tulang akan menjadi lebih padat dan kuat serta terhindari dari keadaan tulang bongkok.

 

 

  1. penyakit osteoporosis Makanan Sihat

Selain menghindari makanan berlemak dan  mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi rokok dan minuman keras, ada pelbagai jenis makanan sihat yang boleh membuatkan kepadatan tulang sentiasa terjaga.

 

Antaranya, ikan, daging segar tanpa lemak, telur, kacang-kacangan,buah-buahan,makanan omega 3 dan sayur-sayuran

Sebenarnya penyakit osteoporosis ini boleh dicegah dengan menerapkan gaya hidup sihat sejak awal lagi.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...