Cuba resepi tuna ini, anda pasti tak akan menyesal! Tambahan pula, tuna kaya dengan Omega-3, yang merupakan asid lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Selain mengandungi protein, kalium dan mineral yang tinggi, tuna juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh.Tuna juga dapat membantu kita mengurangkan stress kerana kandungan asid Omega-3 yang tinggi. Omega-3 juga penting dalam penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak dan ia juga kaya dengan vitamin B3 dan B12. Di samping itu, khasiat tuna juga dapat membantu dalam proses detoksifikasi tubuh kerana kandungan mineral dan selenium. Bahkan tuna juga sangat bagus untuk menjaga kesihatan dari penyakit silent killer seperti jantung koronari dan kanser. Jom, kita cuba Resepi Tuna – Kek Tuna Dan Keledek ini yang disediakan Ayam Brand™. Resepi Tuna ini termasuk dalam resepi yang mudah, praktikal dan sudah pastinya sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi ataupun bekal untuk anak-anak ke sekolah. Rasanya yang enak dan lazat, d...