Skip to main content

BAKAL BAPA PERLU MEMAINKAN PERANAN LEBIH AKTIF SEPANJANG PROSES KEHAMILAN ISTERI

Kepentingan peranan seorang bakal bapa sepanjang tempoh kehamilan isteri memang tidak dapat disangkalkan. Sepanjang tempoh tersebut, tidak dinafikan lagi suami adalah insan utama yang diharapkan dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada isteri mereka.

Namun kebanyakan lelaki lazimnya tidak mengetahui bagaimana untuk membantu isteri mereka yang sedang mengalami perubahan emosi dan fizikal ketika melalui fasa penting untuk bergelar seorang ibu.

Adakalanya hanya dengan kata-kata atau perbuatan yang bermakna oleh para suami mampu membuatkan bakal ibu yang lesu dan kepenatan kembali ceria dan bersemangat. Sebagai jenama yang menyokong para ibu dan bakal ibu, Anmum™ Materna menerusi kempen terbaharunya ingin memberi galakan sepenuhnya kepada para bapa untuk terus menjadi sumber kekuatan bakal-bakal ibu.

Sebagai sumber kekuatan yang utama, para bapa kini akan diberi panduan supaya dapat terus memberi sokongan kepada isteri mereka sepanjang tempoh hamil dari segi emosi dan nutrisi.

bakal bapa

TIP-TIP DAN MAKLUMAT  DIBERI AGAR BAKAL BAPA AKAN LEBIH BERSEDIA UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA ISTERI

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

BACA: MENGHILANGKAN RASA MUAL DENGAN 20 LANGKAH

Kempen ini direka khas untuk berkongsi panduan dengan para bapa agar lebih memahami cabaran yang dialami isteri mereka sepanjang tempoh kehamilan. Melalui tip-tip dan maklumat yang diberikan, para bapa akan lebih bersedia untuk memberi sokongan sepenuhnya dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri mereka.

“Sebagai seorang bapa, saya sangat memahami perasaan para suami yang tidak tahu bagaimana untuk membantu isteri  hamil yang sedang mual, mengalami kekejangan dan beremosi,” kata Jose Miguel Porraz, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia.

“Anmum™ Materna memberikan dedikasi sepenuhnya dalam menyokong para ibu dan bakal ibu sepanjang proses kehamilan yang menakjubkan dengan menyokong sumber kekuatan utama mereka, iaitu para bapa. Kempen ini adalah cara kami untuk membantu golongan bapa memainkan peranan yang lebih aktif sewaktu kandungan isteri semakin membesar. Harapan kami semoga panduan-panduan ini dapat merapatkan lagi hubungan para bakal ibu dan bapa dalam menjalani proses kehamilan bersama-sama,” katanya lagi.

Kempen ini dimulakan dengan video menyentuh hati yang menampilkan kisah sebenar pasangan selebriti Shukri Yahya dan Tya Adnan sepanjang kehamilan kandungan pertama mereka.

Kisah penuh emosi ini akan memaparkan kisah suka duka mereka sepanjang proses kehamilan, bermula dengan detik menggembirakan tatkala mengetahui yang mereka telah dikurniakan zuriat.

Penonton akan dapat menyaksikan perbezaan perspektif di antara bakal ibu dan bakal bapa dalam kisah mereka ini.

Shukri akan berkongsi debaran dan kerisauannya apabila dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang bapa. Namun, ini tidak menghalangnya untuk terus menyokong Tya dalam menghadapi perubahan dari segi mental dan fizikal ketika mengandung.

TONTON FILEM BERTAJUK “KAU TAK KESEORANGAN” INI 

 

[kad_youtube url=” https://www.youtube.com/watch?v=u1ecXj9YT8I” ]

 

PENONTON VIDEO BOLEH MENDAFTAR UNTUK DAPATKAN MEMO MR PAPA YANG MENGANDUNGI TIP UNTUK BAKAL BAPA

Pada penghujung setiap video, penonton akan dijemput untuk mendaftar untuk Memo Mr Papa di mana para bapa boleh mendapatkan maklumat tentang perkembangan kandungan isteri mereka dan tip untuk memberi sokongan dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri tercinta sepanjang kehamilan.

bakal bapa

Melalui sumber yang sangat berguna ini, bakal-bakal ibu dan bapa akan menerima notifikasi emel harian dan tip berkaitan emosi dan nutrisi serta maklumat terkini kempen berdasarkan perkembangan kandungan setiap individu. Contohnya, tip nutrisi memberikan panduan tentang kepentingan nutrien-nutrien berbeza semasa kehamilan. Contoh tip lain termasuklah saranan yang boleh diamalkan oleh bakal bapa untuk memberi sokongan emosi kepada isteri apabila mereka mengalami mabuk hamil dan sebagainya.

Bagi meraikan perjalanan bakal para ibu dan bapa ini, 100 pasangan pertama yang mendaftar akan menerima sejambak bunga percuma yang digubah khas oleh Le Tresor Flower.

Sepanjang kempen ini,  pasangan-pasangan bakal ibu dan bapa turut berpeluang memenangi hadiah yang mengalakkan pengambilan diet seimbang dengan menerima penghantaran hidangan tengah hari yang lazat dan berkhasiat selama seminggu daripada Food Matters, sesi fotografi  materniti  bagi mengabadikan detik-detik indah kehamilan daripada Bebe Photography dan peluang untuk beristirehat dengan pakej percutian “Babymoon”!

Kepentingan sokongan emosi sememangnya penting sepanjang kehamilan, namun keperluan nutrisi ibu mengandung juga perlu dititikberatkan untuk si ibu dan tumbesaran kandungan yang sihat.

Ketika hamil keperluan sesetengah makronutrien dan mikronutrien seperti protein, folat dan zat besi akan meningkat sebanyak 50%**. Ia mungkin mencabar untuk ibu hamil untuk mencapai keperlukan nutrien-nutrien ini menerusi diet biasa.

Susu formula rendah lemak Anmum™ Materna membantu menyokong keperluan nutrien tambahan untuk ibu hamil dan perkembangan janin dalam aspek-aspek penting seperti penghasilan sel darah merah, penghasilan tenaga, pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

**Berdasarkan USDRI

Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen Memo Mr Papa dan kerjasama ini di memomrpapa.anmummaterna.com.my.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .