Skip to main content

6 CARA MENJADI CANTIK SEPANJANG HARI, WAJIB CUBA TRIK POWER INI!

Sebagai wanita sudah pasti kita ingin tampil menarik dan sempurna sepanjang hari. Jadi, ada baiknya cuba cara menjadi cantik sepanjang hari ini!
Tak dinafikan, kadang-kadang disebabkan terlalu sibuk dan banyak sangat aktiviti kita jadi risau dengan penampilan kita yang mungkin nampak lesu.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: CARA MEKAP NATURAL UNTUK ANDA YANG BERHIJAB

 

cara menjadi cantik

TETAPI, JANGAN BIMBANG OK, CUBA SAHAJA 6 CARA MENJADI CANTIK  DAN SEGAR SEPANJANG HARI YANG DIKONGSIKAN INI:

  1. PAKAI PELEMBAB ATAU SUNBLOCK
Bagi menghindari serangan sinaran matahari ketika berada di luar rumah, jangan lupa pakai pelembab atau sunblock.
Pakailah pelembab atau sunblock sebelum mengenakan mekap supaya kulit muka kita jadi lebih terawat.
Pelembab akan menjaga kelembapan dan mencegah kulit muka kita daripada menjadi kering, kusam dan berminyak.
Manakala sunblock pula akan melindungi kulit muka dari sengatan sinar UV matahari yang merosakkan kulit muka sehingga menjadi kusam dan gelap.

cara menjadi cantik

  1. PILIH MEKAP NATURAL
Cara menjadi cantik semulajadi dan kekal berseri sepanjang hari tidak memerlukan kita bermekap tebal.
Selain boleh membuatkan kulit muka kita bebas bernafas, pemakaian mekap nipis atau natural juga akan memancarkan kecantikan kita yang sesungguhnya.
Tetapi, jangan lupa juga bawa selalu persediaan mekap untuk touch up jika mekap atau solekan kita mula pudar.

cara menjadi cantik

  1. GUNA KERTAS MINYAK
Pastikan bawa kertas minyak di dalam beg tangan. Apatah lag kita memiliki kulit muka jenis berminyak. Ketika muka kita mula berminyak, pakailah kertas minyak bagi mengatasi kelebihan minyak pada muka.
Di samping itu, apabila kita nampak muka kita mula berminyak, jangan cepat-cepat terus cuba menghapuskan minyak tersebut dengan menyapu bedak ataupun menindihnya dengan produk mekap yang lain.
Bukan apa, nanti muka kita akan nampak ‘bertapuk’  disebabkan hasil mekap yang tidak rata. Jadi, adalah lebih baik jika kita serap dulu minyak di kulit muka dengan menggunakan kertas minyak sebelum kembali  touch up mekap tersebut.

cara menjadi cantik

  1. BERSIHKAN SISA-SISA LIPSTIK DAN BARU OLESKAN LAGI
Cara menjadi cantik sepanjang hari ketika mekap kita semakin pudar atau hilang dengan menambah kembali lipstik yang kita pakai. Biasanya selepas ‘makan-makan’, lipstik kita akan mula pudar. Jadi, untuk mengatasinya kita perlu memakai kembali lipstik di bibir.
Namun, sebaiknya kita tahu jenis lipstik dan bibir kita terlebih dahulu. Bagi yang suka memakai lipstik jenis matte, lebih baik jika kita membuang kesan-kesan lipstik yang masih bersisa di bibir kita.Setelah itu, barulah kita pakai atau oleskan lipstik semula.
Jika kita menggunakan lipstik jenis creamy, apa yang perlu kita akkan adalah menambah atau mengoles semula lipstik di bahagian bibir yang warnanya sudah pudar.

cara menjadi cantik

  1. SELALU TENGOK SOLEKAN MATA
Jika kita suka memakai eyeshadow, maskara dan eyeliner, kita memang selalu kena tengok. Takut-takut eyeshadow dan eyeliner yang kita pakai tu pudar ataupun menjadi comot.
Apatah lagi, jika kita memiliki kelopak mata yang berminyak atau kita memang jenis cepat berpeluh.
Untuk eyeshadow atau pembayang mata, kita mungkin tidak perlu menambahkan kembali. Memadai membaurkan sahaja bahagian eyeshadow yang menjadi tidak rata dengan menggunakan jari tangan.
Untuk eyeliner, kita memang perlu sentiasa membawanya. Ini adalah kerana biasanya eyeliner sering luntur dan bergumpal di bahagian sudut mata. Jadi, intai-intailah cermin untuk tengok sudut dalam dan luar mata ya.

cara menjadi cantik

  1. PASTIKAN CONCEALER SENTIASA ADA
Concealer sangat berguna untuk meratakan warna kulit kita. Apatah lagi jika kita terlalu sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk mencuci mekap dan memakai kembali mekap.
Cara terbaik, sediakan concealer yang sesuai dengan tona kulit kita. Pastikan juga kita pilih concealer yang teksturnya mudah dibaurkan walaupun dengan hanya menggunakan jari tangan kita.

cara menjadi cantik

Di samping menerapkan tip di atas, kita juga peru menjaga kesihatan dan kebersihan muka supaya penampilan kita nampak lebih segar dan sihat. Selamat mempraktik cara menjadi cantik sepanjang hari ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...