Skip to main content

Urat Leher Tegang? Cuba 6 Cara Mujarab Ini!

Sakit tengkuk atau urat leher tegang boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya kerana posisi badan yang tidak betul, bekerja terlalu lama, stress dan tegang pada urat leher.

 

Biarpun terdapat banyak pilihan dengan mengunakan ubat-ubatan, namun ada 6 cara hilangkan urat leher tegang secara semulajadi  yang efektif.

urat leher tegang

[btn text=”CARA HILANG SAKIT KEPALA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/6-cara-hilangkan-sakit-kepala/” target=”_blank”]

 

Berikut 6 cara meredakan urat leher tegang yang boleh dicuba.

 

  1. urat leher tegangMemusing-Musingkan Leher

Ini adalah cara paling sederhana yang termasuk dalam senaman ringan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 

Memusing-musingkan leher dengan perlahan-lahan, ke kiri dan kanan mampu mengurangkan ketegangan otot.

 

Meskipun terasa sakit dan tidak selesa ketika mula-mula melakukannya, tetapi ia akan menjadi lebih mudah apabila anda sudah melakukannya beberapa kali. Sekiranya rasa sakit tersebut menjadi semakin parah, hentikan cara ini ok.

 

  1. urat leher tegangRehatkan Leher

Jauhkan seketika beberapa minit atau beristirahatlah dari monitor komputer, telefon bimbit dan sebagainya.

 

Jangan letakkan komputer riba atau tablet di pangkuan. Sebaliknya tempatkannya pada sudut yang selesa untuk leher.

 

Menjaga badan supaya berada dalam posisi yang baik akan membantu meredakan urat leher tegang. Mulakan dari posisi duduk, berdiri dan berjalan.

 

 

  1. urat leher tegangKurangkan Penggunaan Bantal Tebal

Meskipun bantal sangat selesa digunakan kerana empun, namun bantal boleh menjadi salah satu punca urat leher tegang.

 

Jadi, sebab itulah elakkan menggunakan bantal. Apatah lagi jika saiznya terlalu tebal atas keras. Bantal yang empuk dan nipis biasanya tidak akan menyeksa leher atau tengkuk anda.

 

 

  1. urat leher tegangBerenang

Berenang dikatakan dapat membantu menghilangkan rasa sakit pada tengkuk atau urat leher tegang.

 

Berenang boleh menjadi terapi bagi mengurangkan kesakitan serta dapat meningkatkan gerakan yang lebih baik pada leher.

 

 

 

 

  1. urat leher tegangPengambilan Magnesium Yang Mencukupi

Pengambilan magnesium yang mencukupi dapat membantu meredakan kesakitan tersebut. Ianya merupakan mineral yang dapat membantu memberi tindak balas serta mengendurkan otot leher.

 

Jadi, kita perlu mengetahui jumlah magnesium yang diperlukan pada setiap hari untuk tubuh masing-masing. Magnesium ini boleh ditemui di dalam makanan semulajadi, seperti sayur-sayuran, produk soya, kekacang dan bijirin.

 

 

  1. urat leher tegangUrutan Lembut

Dengan mengurut lembut ia akan melancarkan perjalanan darah ke bahagian kawasan yang diurut.

 

Untuk itu, anda boleh meminta bantuan orang lain untuk mengurut leher dan bahagian bahu bagi meredakan urat leher tegang tersebut.

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...