Skip to main content

Petua Halau Lipas Di Rumah Dan Di Kereta Anda!

Bagaimana cara menghalau lipas dengan berkesan dan cukup mudah? Mamanet kongsikan 6 Petua Halau Lipas yang cukup menjijikkan ini!

 

petua halau lipas

 

Lipas merupakan salah satu binatang yang kotor dan kerap menyelinap masuk ke dalam rumah, bilik tidur atau kereta. Selain menganggu, lipas juga sumber penyebaran penyakit kerana binatang ini lebih suka hidup di tempat yang berselerak, kotor serta selalu mengeluarkan cecair berbau.

 

Apabila anda melihat lipas di dalam rumah, sebaiknya janganlah memukulnya sampai mati sehingga penyek atau isi perutnya terkeluar.

 

Ini adalah kerana di dalam perut lipas terdapat cacing halus yang masih boleh hidup meskipun di luar badan lipas. Apabila cacing ini berada di luar perut atau badan lipas, dia akan bergerak dan mencari tempat berlindung yang baru.

 

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit badan kita terutama kaki kerana ia boleh masuk melalui pori-pori kulit atau apabila ada luka yang terbuka pada kulit luar.

 

Adalah lebih baik jika kita menggunakan semburan anti serangga atau petua halau lipas secara semulajadi tanpa perlu memukulnya sehingga terkeluar isi perut lipas.

 

Sungguhpun begitu, anda jangan risau di sini ada beberapa petua halau lipas yang boleh dicuba.

 

Cara ini cukup efektif untuk membunuh lipas, namun memerlukan kerja ekstra memandangkan data ketahanan badan lipas memang luar biasa.

 

Binatang kotor ini boleh hidup tanpa makanan sampai sebulan. Bahkan juga boleh hidup tanpa air, selama dua minggu dan boleh hidup tanpa kepala selama beberapa hari.

 

[btn text=”KETAHUI CARA HAPUSKAN KUTU KUCING, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/cara-berkesan-hapus-kutu-kucing/” target=”_blank”]

 

Berikut  ini beberapa petua halau lipas secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia yang berisiko untuk kesihatan keluarga anda.

 

  1. petua halau lipasUbat Gegat

Lipas tidak suka dengan bau wangi atau bau segar. Ubat  gegat mempunyai bau yang sangat menyengat.

 

Jadi, letakkanlah ubat gegat di tempat-tempat di mana lipas bersarang.

 

 

 

  1. petua halau lipasGaram Dapur

Petua halau lipas menggunakan daram dapur ini cukup berkesan. Caranya pun cukup mudah, anda hanya perlu taburkan garam dapur di kawasan-kawasan yang sering dilalui oleh lipas.

 

Jika lipas memakan garam tersebut, ia akan mati keracunan.

 

 

  1. petua halau lipasDaun Salam

Hiris halus-halus daun salam segar. Kemudian letakkan hirisan daun tersebut di tempat-tempat yang lipas suka muncul.

 

Aroma yang dihasilkan dari daun salam akan menyebabkan lipas berasa tidak selesa untuk datang menghampiri lagi.

 

 

  1. petua halau lipasDaun Lada Hitam

Sama seperti daun salam juga, daun lada lada hitamjuga tidak disukai oleh lipas. Hiris daun lada lada hitam ini halus-halus, kemudian letakkan di kawasan-kawasan yang biasanya ada lipas.

 

Bau yang dihasilkan oleh daun lada hitam akan membuatkan lipas berasa tidak selesa dan akan meninggalkan kediaman atau kereta anda.

 

 

  1. petua halau lipasAir Sabun

Menggunakan air sabun sebagai petua halau lipas juga cukup efektif sekaligus mudah dipraktikan di rumah.

 

Larutkan sabun ke dalam sebuah mangkuk, kemuadian renjis-renjislah ke lipas yang sedang berkeliaran itu.

 

Tidak lama kemudian lipas-lipas tersebut akan mati dan kawan-kawannya juga tidak akan berani untuk mendekati lagi kawasan tersebut.

 

 

Selain melakukan petua halau lipas seperti yang dinyatakan di atas, anda juga wajib melakukan:

  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  • Pastikan tong sampah basah selalu dalam keadaan tertutup rapat supaya lipas tidak mudah masuk.
  • Usahakan tidak ada cebisan sisa-sisa makanan bersepah kerana ia boleh mengundang kehadiran lipas.

 

Semoga artikel petua halau lipas ini bermanfaat dan efektif untuk diterapkan. Mudah-mudahan kediaman atau kereta anda terbebas dari belenggu jenis serangga yang menjijikkan ini.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .