Skip to main content

Solekan Menutup Muka Berjerawat Dengan 7 Langkah

muka berjerawat
kredit foto: renovation-salon

Kulit muka berjerawat adalah perkara yang paling tidak disukai oleh setiap wanita. Namun, bukan bukan semua wanita bertuah kerana miliki kulit wajah yang sempurna. Sungguhpun muka berjerawat, kita tetap perlu tampil cantik!

 

Mengetahui jenis kulit muka sangat penting sebelum kita menentukan produk mekap yang sesuai untuk di pilih bagi mengelakkan muka berjerawat menjadi semakin parah.

 

Untuk mencegah kemunculan jerawat baru, ada baiknya kita memilih produk kecantikan atau mekap yang menggunakan bahan semulajadi ataupun bahan herba yang dipercayai lebih bagus untuk kulit berjerawat.

 

 

Berikut beberapa cara yang boleh dijadikan panduan solekan untuk muka berjerawat:

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto-sivilcem

    Foundation

Ketika kita memilih foundation, pastikan ianya sesuai dengan warna kulit muka agar hasil solekan meninggalkan kesan natural.

 

Kita boleh gunakan span mekap ataupun jari, tapi pastikan foundation yang dipakai tidak terlalu tebal walaupun  kita ingin menutupi segala jerawat.

 

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto-netdna-cdn

    Concealer

Pastikan juga kita memilih concealer yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit muka kita. Jenis kulit muka berminyak sesuai dengan jenis concelar berbahan mineral. Manakala untuk kulit kering pula sesuai dengan concealer jenis cecair.

 

Concealer berfungsi untuk menutup segala kesan-kesan cela yang ada pada muka berjerawat. Bekas jerawat dan juga bintik-bintik hitam di muka juga dapat disamarkan dengan pemakaian concealer.

 

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto-befabulouswithfilo

    Bedak

Untuk muka berjerawat, sebaiknya kita pilih bedak tabur kerana ia mempunyai kelebihan yang lebih bagus untuk menyerap minyak di muka, berbanding bedak padat.

 

Penggunaan bedak padat juga boleh menyebabkan jerawat kita menjadi semakin parah kerana bedak jenis ini mengandungi minyak yang lebih banyak.

 

Ratakan bedak ke seluruh muka dan leher.Sapukan secara nipis-nipis agar lebih natural.

 

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto: styleramp

    Tak Payah Pakai Blush On

Pemakaian blush on tidak begitu disarankan untuk muka berjerawat kerana ia boleh memparahkan lagi jerawat. Meskipun pemakaian blush on mampu membuatkan wajah kita kelihatan lebih segar dan kemerahan.

 

Selain itu, bronzer  atau shimmer juga merupakan produk mekap yang perlu kita hindari kerana mengandungi partikel cahaya yang akan menyumbat pori-pori dan membuatkan jerawat menjadi semakin parah.

 

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto-yupimola

    Eyes shadow, Eyeliner & Lipstik

Kita perlu pilih eye shadow yang lembab dan tidak berabuk ketika diaplikasi supaya sisa-sisa eye shadow tersebut tidak jatuh ke mata atau terselit comot di kelopak mata sehingga menimbulkan alergi.

 

Sebaiknya eye shadow yang oil free, non-comedogenic, non-acne genic dan hypoallergenic agar bebas efek sampingan sehingga memparahkan lagi jerawat di muka.

 

 

Untuk eyeliner dan lipstik, kita bebeas memilih warna dan jenis lipstik mahupun eyeliner yang sesuai dengan selera kita kerana ia tidak terlibat dalam pembentukan jerawat.

 

 

  1. muka berjerawat
    kredit foto-thelipstickmakeup

    Spray Muka

Spray muka mempunyai fungsi untuk membuatkan solekan kita bertahan lebih lama dan tidak luntur.
Semburkan spray khas untuk muka ini secara menyeluruh pada wajah. Selain membuatkan solekan tidak luntur, spray ini juga akan membuatkan wajah kita menjadi lebih segar.

 

 

 

 

 

  1. mukaberjerawat
    kredit foto-wonderwardrobes

    Bersihkan Muka Dengan Sempurna

Bersihkan muka secara rutin, pagi hari dan sebelum tidur supaya supaya kulit muka berjerawat kita dapat bernafas serta mengurangi jerawat.

 

 

 

 

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .