Skip to main content

Sabar, Ini 8 Punca Bayi Menangis Tengah Malam

punca bayi menangis Bayi menangis adalah satu perkara normal dan ia antara salah satu cara dia berkomunikasi dengan anda tentang sesuatu perkara yang sedang dialaminya. Apa sebenarnya punca bayi menangis malam?

 

 

Bagaimanapun,  ada bayi yang menangis pada waktu-waktu tertentu misalnya menangis tengah malam. Jika sekejap mungkin tidak ada masalah. Tapi bagaimana kalau bayi menangis terlalu lama? Ketahui juga 5 punca bayi menangis.

 

Bagi ibu bapa muda, sudah tentu mudah panik dan tidak tahu bagaimana menangani situasi begini. Ingat, bayi menangis tidak semestinya perlu diberikan susu. Banyak lagi sebab lain menjadi punca bayi menangis malam.

 

Tidak dinafikan, tangisan bayi yang terlalu kerap dan lama boleh mendatangkan tekanan kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika menangis tengah malam kerana anda suami isteri perlu berjaga dan menyebabkan tidak cukup tidur serta keletihan pada waktu siang.

 

Seterusnya hal ini boleh menganggu fokus di tempat kerja. Lebih teruk hubungan suami isteri juga boleh berantakan dek kerana saling menyalahkan antara satu sama lain.

 

Jadi, bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, anda terlebih dahulu perlu kenal pasti punca bayi menangis tengah malam. Mungkin bayi tidak selesa disebabkan beberapa perkara.

 

Anda perlu faham tentang apa yang mahu disampaikan oleh bayi anda melalui tangisannya. Malah ada sebutan-sebutan yang tertentu dalam tangisannya yang perlu anda faham. Penjelasan tersebut akan admin kupas dalam artikel akan datang.

 

punca bayi menangisAyuh kita semak punca bayi menangis tengah malam seperti di bawah:

  1. Bayi anda lapar – Apabila bayi anda terjaga tengah malam, perkara pertama yang terlintas di fikiran ibu bapa ialah anaknya lapar dan mahu minum susu. Jadi, anda boleh cuba susukannya terlebih dahulu.

 

Untuk pengetahuan anda, perut bayi kecil dan dia perlu disusukan empat hingga enam jam sekali. Jika tidak tidak berkesan, periksa masalah seterusnya.

 

  1. Periksa lampinnya – Bayi anda menangis mungkin tidak selesa disebabkan lampinnya basah, atau terlalu ketat. Mungkin dia juga terasa gatal kerana masalah ruam lampin yang sedang dialaminya.

 

 

Jadi, anda perlu pastikan lampinnya sentiasa berada dalam kering. Rajin-rajinlah bangun tengah malam untuk periksa lampin bayi dan tukar. Usah fikir letih anda sahaja, fikir juga ketidakselesaan bayi anda.

 

 

  1. punca bayi menangisMahu bermanja – Setiap bayi ini karakternya berbeza. Seharian anda meninggalkannya bersama pengasuh atau pembantu rumah. Dan dia hanya berpeluang bertemu anda pada malam hari. Jadi, bayi ini menangis meminta perhatian, sentuhan dan belain ibu dan ayahnya.

 

 

Peluk bayi, kendong dan dodoikan dia dengan zikir yang lembut. Sebut juga ‘ssshhhh….ssshhhh’ sambil usap kepala dan tepuk lembut belakang badannya.

 

Lakukan begini dengan penuh sabar dan kasih sayang, bukan dengan perasaan geram atau marah. Ingat, bayi anda dapat rasakan ‘getaran’ perasaan dia pada anda!

 

 

  1. Bayi letih – Bayi anda semakin aktif dan pastinya dia agak letih. Jadi, pada sebelah malam tidurnya boleh terganggu. Sama seperti orang dewasa, andai terlalu letih adakala badan kita sakit, lenguh dan sukar tidur nyenyak.

 

 

Begitu juga dengan bayi. Mereka hanya mampu menangis untuk memberitahu anda dengan harapan anda memahaminya. Jadi, untuk menenangkannya, buat urutan lembut kepada bayi setiap malam sebelum dia tidur.

 

  1. Banyak lena waktu siang – Apabila bayi banyak tidur waktu siang, dia akan aktif pada sebelah malam dan enggan tidur. Jadi, pesan kepada pengasuh atau pembantu rumah, andai bayi anda terlalu banyak tidur pada waktu siang, cuba bangunkan dia.

 

Untuk bantu dia tidur sebelah malam, malapkan sedikit cahaya lampu atau padamkannya.

 

  1. Bayi tertekan – Ingat, walaupun bayi anda masih kecil, tetapi mereka mempunyai perasaan dan mood tertentu. Mungkin bayi berada dalam keadaan tertekan.

 

Misalnya tidak serasi dengan pengasuh dan sebagainya sehingga menjadi murung. Jadi, rangsang mereka agar ceria, selalu bercakap, gelak dan senyum.

 

 

  1. punca bayi menangis
    A crying baby

    Bayi tidak sihat –Cuba periksa perut bayi sama ada dia kembung perut atau periksa suhu badan bayi untuk mengetahui bayi demam atau sebaliknya. Masalah kesihatan yang lain juga mungkin berlaku seperti perut memulas dan sebagainya.

 

 

  1. Bayi terasa panas atau terlalu sejuk – Apabila bayi menangis tengah malam, mungkin juga dia tidak selesa dengan suasana dalam bilik tidur yang panas sehingga dia berpeluh atau terlalu sejuk sehingga mengakibatkan selesema.

 

Jadi, elakkan memakainkan bayi dengan pakaian yang terlalu tebal dan ketat. Suaikan suhu penghawa dingin atau kelajuan kipas angin dalam bilik tidur anda.

 

Semoga artikel punca bayi menangis malam ini bermanfaat pada anda. Selamat menjadi ibu bapa prihatin.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...