Skip to main content

Resepi Kek Marble Susu Gebu & Sedap

kek marble
kredit foto-toriavey

Dah pernah cuba buat Kek Marble? Serius… cara membuatnya sangat mudah. Bahan-bahan untuk menyediakannya juga tidak membebankan. Sejak dari dulu lagi Kek Marble atau kek belang ini memang menjadi kegemaran Mamanet seisi keluarga.

 

Memandangkan keenakan Kek Marble kini sedang hangat diperkatakan, dari Dapur Mamanet dikongsikan resepi kek ini yang lembut dan gebu.

 

kek marbleBahan-Bahan:

  • 450 gram gula pasir
  • 500 gram marjerin/ mentega tawar
  • 9 biji telur ayam sederhana besar
  • 600 gram tepung gandum (protein rendah atau sederhana)
  • 15 gram baking powder
  • 100 ml susu segar
  • Esen vanilla (secukupnya)
  • Serbuk koko (secukupnya)

 

Cara Membuat Kek Marble:

kek- marble
kredit foto-livestrongcdn

  1. Pukul marjerin atau mentega dan gula pasir sehingga lembut/menggebu.

 

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, dan kacau sehingga menggembang dan putih. (Pukul dengan mixer kelajuan paling tinggi)

 

  1. Gaul rata tepung dan baking powder, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, secara berselang seli dengan susu segar.

 

  1. Pukul lagi dengan mixer dengan kelajuan paling rendah.
  2. Setelah itu, bahagikan adunan sama banyak menjadi dua bahagian.Satu dibiarkan tanpa warna dan ditambah dengan esen vanilla, dan manakala satu bahagian lagi dicampurkan dengan sebuk koko. Gaul rata.

 

  1. Kemudian, pukul lagi sehingga kedua-dua adunan tersebut sampai sebati.

 

 

  1. kek marble
    kredit foto-craftybaking

    Setelah itu, masukkan ke dalam loyang, mulakan dengan adunan coklat. Kemudian, curah adunan yang tanpa warna di atas adunan coklat.

 

  1. Kemudian barulah bentukkan motif kek yang disukai dengan menggunakan garfu.

 

  1. Bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

 

  1. Biarkan sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.

 

Bila dah sejuk sedikit bolehlah potong. Sedap dimakan panas-panas. Untuk lebih tahan, anda boleh simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula jika hendak menikmatinya. Kek ini sesuai untuk seisi keluarga. Bila dipanaskan ia tetap lembut di dalam dan garing di luar. Memang enak.  Okay, selamat mencuba resepi Kek Marble ini.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...