Skip to main content

Krim Mata Hilangkan Lebam Dan Kedut Bawah Mata

krim mata
foto-viicode

Krim mata merupakan salah satu produk rawatan kecantikan yang sering digunakan untuk mengatasi lebam bawah mata  atau dark circle. Kegunaannya bukan setakat itu sahaja, krim ini juga berguna untuk menghaluskan, mencerahkan, sehingga menutriskan kawasan kulit di sekitar mata.

 

 

Kulit di sekitar mata sangat lembut,mudah kering dan lebih cepat untuk menampakkan tanda-tanda kepenatan dan penuaan. Ketahui juga cara mengatasi kedut bawah mata.

 

Pertambahan usia juga membuatkan kulit di sekitar mata kita cenderung lebih kering. Ia berlaku kerana pengeluaran sebum, yang ditugaskan untuk melembapkan dan menjaga keanjalan kulit oleh kelenjar minyak mulai berkurangan.

 

Pengeluaran minyak yang berkurangan inilah yeng menyebabkan kulit di sekitar mata mengalami perubahan warna, nampak bengkak dan banyak kedut.

 

Krim mata telah dicipta khas untuk kulit lembut di sekitar mata. Biasanya krim mata mengandungi lebih banyak minyak daripada krim muka biasa.

 

krim mata
foto-eyecreamsreviews

Berikut antara kebaikan jika kita menggunakan krim mata secara teratur:

 

*  Menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata.

 

*  Membantu mencegah kekeringan di kawasan mata.

 

* Mengatasi masalah mata sembab dan mata panda yang disebabkan pembengkakan pembuluh darah.

 

* Memperlambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan di sekitar mata.

 

Berikut adalah cara memakai krim mata yang tepat

 

  1. krim mata
    foto-amazon

    Cuci Muka Dan Tangan Sebersihnya

Cuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit muka  kita. Kemudian keringkan muka dengan tuala lembut yang kering.

 

Cuci tangan dengan sabun dan air sehingga tangan dalam keadaan yang bersih ketika  menyentuh muka. Krim ini dipakai perlu ditekap-tekapkan kan pada kulit yang bersih.

 

 

 

 

  1. krim mata
    foto-1-bp-blogspot

    Lakukan Urutan Lembut

Lakukan sedikit urutan ringan di sekitar mata setelah diaplikasi. Terapkan titik-titik krim tersebut dari sudut mata bahagian dalam hingga ke luar sudut mata bahagian luar.

 

 

 

 

 

  1. krim mata
    foto-ellekae

    Biarkan Meresap

Gunakan jari manis untuk meratakannya sekaligus lakukan sedikit tekanan ringan di sekitar kawasan mata.

 

Jika kita memakai krim ini sebelum mekap, biarkan krim tersebut meresap (seminit) terlebih dahulu sebelum memakai mekap.

 

Itulah beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang krim mata. Gunakannya secukupnya sahaja untuk mengelakkan  pada iritasi kulit di sekitar mata.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...