Skip to main content

Kelembutan Semulajadi Penjagaan Alat Sulit Wanita

alat sulit wanitaBETADINE® lancar penjagaan alat sulit wanita terbarunya, buih dan cecair cucian wanita BETADINE®. BETADINE®, jenama yang dipercayai di seluruh dunia telah melancarkan rangkaian BETADINE® Daily Feminine Wash Foam  dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash telah dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan alat sulit wanita pada setiap hari.

 

Formulasinya yang lembut menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari dimana ia dicipta secara eksklusif untuk menjaga bahagian intimasi dan sensitif kaum wanita. Ketahui juga kenapa faraj berbau busuk.

 

alat sulit wanitaPelancaran produk ini juga menyaksikan BETADINE® berkolaborasi dengan  Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar yang memberikan nasihat kepakarannya terhadap isu pandangan salah yang biasa berlaku terhadap penjagaan kesihatan alat sulit wanita termasuk penjagaan kesihatan dalaman sebelum dan selepas bersalin.

 

BETADINE® Daily Feminine Wash merangsang kesimbangan pH semulajadi di bahagian intimasi di mana ia membantu menjaga persekitaran yang sihat untuk bakteria baik yang melindungi dan menentang ketidakselesaan bahagian alat sulit wanita.

 

Turut menyediakan pelbagai perlindungan lengkap yang lain, BETADINE® Daily Feminine Wash juga dianggap produk kebersihan paling komprehensif  untuk kaum wanita yang mempunyai gaya hidup aktif.

 

BETADINE® juga telah melancarkan kempen berguna ini yang dilihat turut memberi panduan dan gakakan kepada kaum wanita untuk mempraktikkan penggunaan produk kebersihan bahagian intimasi mereka.

 

“BETADINE® mendidik kaum wanita mengenai kepentingan penjagaan bahagian intimasi dan mengekalkan kebersihan alat sulit wanita,” kata Suresh Pragasam, Pengurus Besar, MundiPharma Pharmaceuticals Sdn Bhd. “Menyediakan  rangkaian lengkap  produk yang sesuai dengan keperluan kaum wanita, kami juga mahu menyediakan khidmat nasihat kepada wanita terhadap penjagaan kebersihan wanita yang tidak sekadar mengenai rutin kebersihan bahagian intimasi.”

 

Kebersihan dan Penjagaan Alat Sulit Wanita

 

alat sulit wanita“Penjagaan bahagian alat sulit wanita atau  intimasi seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat sentiasa dipandang ringan sehingga ia menjadi semakin buruk. Selain lambakan produk kebersihan yang sedia ada, kebanyakan kaum wanita tidak gemar bercakap mengenai penjagaan kerbersihan wanita dan sering mencari informasi mengenai hal daripada sumber yang mempunyai pandangan yang berbeza,” kata  Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar.

 

“Akibatnya, maklumat yang diperolehi mereka mungkin tidak membantu dan kebanyakan mereka akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk menjaga kebersihan bahagian intimasi.”

 

“Lebih 40% pengguna wanita menggunakan sabun biasa atau cecair pencuci badan untuk bahagian intimasi mereka . Ia menjadi satu isu penting dimana produk-produk ini, khususnya gel dan sabun wangian mampu menjejaskan keseimbangan bakteria dan pH di bahagian itu . Malah, ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat boleh menyebabkan simptom pelbagai seperti kegatalan, bau yang tidak menyenangkan dan keputihan . Boleh dikatakan, tiga daripada empat wanita mempunyai pengalaman dan masalah ini ,” katanya.

 

Memandangkan sabun badan adalah bukan merupakan penyelesaian sempurna bahagian intimasi dan mampu menyebabkan ketidakseimbangan nilai pH, Datuk Dr Nor Ashikin menasihatkan kaum wanita untuk bijak memilih produk yang kaya dengan kandungan semulajadi dan prebiotik dalam usaha melindungi bahagian intimasi daripada pelbagai simptom yang tidak diingini yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

 

alat sulit wanitaSentuhan Kelembutan Semulajadi Hanya dengan Satu Pengepaman

Menyedari kandungan semulajadi adalah penting dalam membentuk keyakinan dan keselesaan kaum wanita, BETADINE® Daily Feminine Wash Foam  dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash merangsang persekitaran optimum untuk pertumbuhan bakteria sihat.

 

Diformulasikan dengan Tri-Care™, yang merangkumi Immortelle, SyriCalm™, and Deoplex®, dengan prebiotik, ia mengekalkan persekitaran yang sihat buat bahagian alat sulit  wanita atau intimasi untuk memberikan keseimbangan pH semulajadi .

 

Immortelle (ekstrak Helichrysum italicum) memiliki sejarah kukuh sebagai bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia juga didatangi dalam pelbagai penyediaan antimikrobial  dan merupakan bahan antioksida semulajadi yang memperbaiki kerosakan radikal dan merangsang pertumbuhan sel.

Immortelle bertindak sebagai antioksida semulajadi yang membantu meningkatkan kelembapan semulajadi kulit .

 

SyriCalm™ (ekstrak Phragmites communis ) merupakan bahan aktif yang melegakan permukaan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit. SyriCalm™ turut mengurangkan erythema, melegakan kegatalan dan melindungi serta memperbaiki masalah lain di bahagian intimasi wanita .

 

 

Deoplex® (ekstrak Sacharromyces) merupakan bahan ekstrak semulajadi yang meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Deoplex® turut mengandungi enzim yang menyediakan pelbagai fungsi yang membantu menyahkan bau kurang menyenangkan .

 

Untuk mengukuhkan formula Tri-Care™, BETADINE® Daily Feminine Wash mengandungi prebiotik yang dikenali sebagai Biolin dapat membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dan melindungi bahagian intimasi wanita. Prebiotik adalah bahan yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dan ia biasanya boleh didapati dalam madu, pisang, bawang putih, bawang merah dan serat.

 

Biolin pula menyediakan bahan kesuburan untuk bakteria baik yang membantu pertumbuhan semulajadi mereka. Selain mengekalkan keseimbangan pH yang optimal, Biolin turut menyokong dan memberi fungsi imun dan melindungi bakteria jahat daripada terbentuk.

 

 

Dr Liew Fah Onn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Assunta  yang juga bekas presiden Persatuan Menopos Malaysia berkata, “Memandangkan terdapat jangkitan yang boleh dihapuskan dan pertumbuhan tidak normal bakteria yang berkaitan dengan keadaan yang lebih serius , BETADINE® Daily Feminine Wash dapat mengekalkan persekitaran yang sihat untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menyediakan perlindungan untuk menentang ketidakselesaan bahagian alat sulit wanita atau intimasi menerusi kebaikan tiga bahan semulajadi tersebut yang dicipta secara unik dalam formulasi Tri-Care™ .”

 

 

Serlahkan Keyakinan Anda dengan BETADINE® Daily Feminine Wash Foam

Dianggap sebagai produk penjagaan kebersihan wanita yang unik,  BETADINE® Daily Feminine Wash Foam memiliki format pengepaman buih yang direka khas untuk memudahkan pengguna wanita.

 

Selain mudah digunakan, pam tersebut menjimatkan dalam setiap kali kegunaan dan tekstur  buihnya juga sangat mewah dan lembut pada kulit.

 

“Diperkukuhkan dengan latarbelakang saintifik kami dalam bidang kajian penjagaan kebersihan intimasi wanita, kami bekerjasama dengan doktor dan pakar-pakar dalam bidang ini agar dapat memberikan manfaat kepada kaum wanita yang tidak terhad sekadar isu kebersihan,” kata Suresh.

 

“Menerusi latarbelakang kami yang kuat dan kepercayaan yang diberikan oleh pakar kesihatan yang profesional termasuk pengguna dari seluruh dunia, kami menyasarkan untuk terus menyediakan pelbagai rangkaian formulasi yang komprehensif untuk memberikan banyak pilihan rangkaian penjagaan alat sulit wanita atau intimasi khusus buat wanita yang mencari perlindungan dan penjagaan yang terbaik pada diri mereka,” akhiri Suresh.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .