Skip to main content

Kaedah Luka Jahitan Bersalin Cepat Pulih!

luka jahitan bersalinOouuchhh! Memang seriau setiap kali mengimbas pengalaman bersalin dan topik luka jahitan bersalin antara paling hot yang selalu dikongsikan para ibu.

 

Luka bersalin merujuk kepada dua keadaan iaitu luka akibat episiotomi untuk kelahiran normal dan luka caesarean untuk kelahiran ‘ikut tingkap’ atau melalui kaedah pembedahan. Ketahui juga cara bersalin mudah dan cepat.

Dahulu, kebanyakan para ibu yang bersalin anak sulung melalui proses episiotomi (luka akibat digunting oleh doktor).

luka jahitan bersalinBagaimanapun sejak kebelakangan ini, kaedah hanya disarankan dalam sesetengah kes sahaja misalnya  kedudukan bayi abnormal, bayi besar atau bayi perlu dilahirkan dengan segera.

Banyak kajian yang dilakukan mendapati luka episiotomi  lebih sakit dan lambat pulih berbanding luka atau koyakan biasa ketika proses melahirkan kerana ia melibatkan otot yang banyak.

Lazimnya, luka ini akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari lepas bersalin.

Bagi luka caesarean pula, terdapat dua jenis luka iaitu menegak dan melintang. Dalam kebanyakan kes, luka melintang dikatakan lebih cepat sembuh.

Biasanya kulit akan bercantum kembali dalam tempoh 15 hari dan sembuh sepenuhnya dalam masa kira-kira enam minggu.

 

luka jahitan bersalinTanda-Tanda Luka Jahitan Bersalin Terkena Jangkitan Kuman:

Demam berterusan.

Sakit pada tempat luka

Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

Keluar ‘air bisa’ dan luka bernanah

Luka bengkak

Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

 

Cara Pulihkan Luka Jahitan Bersalin :

Bersihkan bahagian intim setiap kali membuang air kecil atau air besar. Basuh menggunakan air suam.

 

Mengikut petua lama, anda boleh rebus daun sirih, manjakani atau asam keping yang dicampur dengan garam untuk dijadikan air basuhan. Gunakan ketika air itu suam.

Pastikan kawasan luka berada sentiasa berada dalam keadaan kering. Lap dengan tisu bersih dengan lembut pada kawasan sekitar luka agar jangkitan kuman tidak berlaku.

Luka akibat caesarean perlu diberi perhatian lebih teliti kerana lukanya lebih besar berbanding luka episotomi.

Sapu ubat luka yang biasanya dibekalkan oleh pihak hospital. Anda boleh menggunakan kapas lembut untuk menyapu ubat pada bahagian luka.

Menukar tuala wanita dengan kerap bagi mengelakkan pad terlalu basah kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman. Apabila ini berlaku, luka akan lambat sembuh, bernanah dan tidak mustahil jahitan luka akan terbuka!

Anda tidak digalakkan untuk menyapu bahagian luka dengan ubat-ubatan tradisional atau herba lain kerana bimbang menjejaskan percantuman semula kulit, lebih-lebih lagi pada 10 hari pertama selepas bersalin.

Duduk dengan berhati-hati dan jangan terlalu banyak bergerak. Luka anda masih belum sembuh, malah anda masih terasa tusukan benang pada luka. Jadi, untuk duduk labuhkan punggung anda perlahan-lahan di atas permukaan yang lembut misalnya bantal leper.

Bagi yang bersalin secara caesarean, jangan untuk bangun dan berjalan kerana banyak kajian menunjukkan pergerakan dapat membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan darah beku.

Jaga pemakanan agar tidak mengalami masalah sembelit. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan kepada perut dan sakit pada bahagian luka. Ambil makanan kaya serat dan minum banyak air kosong.

Ambil suplemen misalnya zat besi dan multivitamin kerana ibu kehilangan banyak darah ketika bersalin normal. Jadi,  pengambilan suplemen dapat meningkatkan semula tahap haemoglobin dengan lebih cepat dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan diri.

Jadi, anda harus memberi perhatian kepada penjagaan luka bersalin ini dengan teliti. Andai anda dapati ada yang tidak kena pada luka jahitan, cepat-cepat dapatkan nasihat doktor. Usah diamkan diri kerana risiko jangkitan boleh merebak ke dalam organ dalaman wanita.

Semoga panduan luka jahitan bersalin cepat sembuh ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat meniti hidup bersama bayi baru!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...