Skip to main content

Fungsi BB Cream Untuk Wajah Jelita Anda

fungsi bb cream
kredit foto: playbuzz

Tahu tak kegunaan sebenar atau fungsi BB Cream untuk wajah? BB cream adalah rahsia anda kelihatan jelita dalam masa yang singkat. BB cream adalah singkatan dari blemish balm ataupun ada juga yang menyebutnya  beauty balm

 

 

 

 

 

 

BB Cream adalah krim sapuan untuk menutupi kulit muka kita yang mengalami pengelupasan kulit. Krim tersebut boleh menutupi kulit yang kemerahan atau kesan dari pengelupasan tersebut.

 

Salah satu rahsia kecantikan wanita Korea adalah produk kecantikan BB cream ini. Hanya dengan sedikit sentuhan solekan yang ringkas, aura kecantikan benar-benar terpancar di wajah mereka.

 

 

Berikut beberapa fungsi BB cream dalam mencantikan wajah kita:

 

fungsi bb cream
kredit foto: natural-beauty-secrets

1.Boleh Dijadikan Alas Bedak

Ramai wanita yang dapat tampil dengan lebih berkeyakinan setelah menggunakan BB Cream. Bagi mendapatkan hasil yang lebih natural, kita tidak perlu memakai bedak  setelah menggunakan BB Cream.

 

Tekstur yang dimiliki BB Cream lebih ringan daripada alas bedak, sehingga terasa lebih selesa dipakai.Di samping itu juga, wajah kita akan kelihtan lebih cerah dan bersinar.

 

  1. fungsi bb cream
    kredit foto: cdn-shopify

    Menyamarkan Masalah Kulit Muka

Fungsi BB Cream, selain menambah keserian wajah adalah untuk BB menyamarkan lingkaran hitam bawah mata, bekas-bekas jerawat, bintik-bintik hitam dan kemerahan di muka serta meratakan warna kulit kita.

 

 

 

 

 

 

  1. fungsi bb cream
    kredit foto: cdninstagram

    Melembabkan Kulit

BB Cream menggabungkan fungsi mekap dan penjagaan kulit, termasuk juga pelembab. Malahan, fungsi BB Cream tak kurang hebatnya seperti foundation yang dapat menutupi kesan-kesan jerawat dan sebagainya tanpa menyebabkan pori-pori tersumbat.

 

BB Cream sendiri mempunyai kandungan penjagaan kulit yang lebih banyak seperti UV Protection, Vitamin E serta kandungan anti-aging yang akan melambatkan penuaan semulajadi. Jadi, kita perlu menggunakannya secara teratur jika ingin memberikan nutrisi yang baik untuk kulit muka kita.

 

 

  1. Melindungi Kulit

Pemakaian BB Cream juga mampu melindungi kulit dari bahaya sinaran matahari. Kulit kelihatan bersih dan tidak melekit seperti memakai sunblock.

 

Cara Pemakaian BB Cream:

  • Pastikan kita tidak memakainya dengan terlalu banyak. Memadai berikan di beberapa titik muka, seperti di bahagian kening, hidung, pipi kanan dan kiri serta dagu.
  • Sapukan secara perlahan ke seluruh muka dengan gerakan memutar.

 

fungsi bb creamBB CREAM PILIHAN MAMANET   

  • ETUDE HOUSE
  • L’OREAL
  • NYX
  • FACE SHOP
  • COSMODERM

 

Jika mahukan muka kelihatan cantik semulajadi bak wanita Korea, manfaatkan fungsi BB cream ini dengan sebaik mungkin. Tanpa perlu mekap berlebihan, kita tetap boleh nampak cantik!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...