Skip to main content

Diet Seimbang Untuk Kurus Dan Langsing

diet seimbang
kredit foto: coachmag

Sebagai wanita, sudah pasti kita mempunyai impian untuk mempunyai tubuh yang ideal. Untuk mewujukannya tentulah kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan juga diet seimbang.

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan diet seimbang?

Diet seimbang adalah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan jumlah atau kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan juga seimbang akan berhadap dengan pelbagai masalah penyakit.

Diet yang mengandungi jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dikatakan diet seimbang.

 

Berikut beberapa makanan sihat yang sesuai untuk menjayakan diet seimbang:

 

  1. Protein

diet seimbang
kredit foto: nutritionsecrets

Daging, sayur-sayuran dan kacang-kacangan adalah sumber utama makanan berprotein yang penting untuk perkembangan otot dan otak yang tepat.

 

Daging rendah lemak seperti potongan daging lembu tertentu, ayam dan ikan adalah pilihan terbaik.Membuang kulit dan lemak yang melekat pada daging adalah cara mudah untuk mengurangkan jumlah lemak dan kolesterol dalam daging.

 

Manakala kacang-kacangan seperti kacang almond, hazelnut, biji bunga matahari dan kacang peas. Selain itu, tahu dan tempe juga boleh menyeimbang diet kita.

 

 

  1. Karbohidrat

Makanan yang mempunyai karbohidrat tanpa kalori ekstra dari lemak dan gula dapat membantu menjaga karbohidrat untuk diet sihat kita.
Supaya serat dapat dihadamkan dengan baik, pastikan kita minum air secukupnya sepanjang hari. Air sangat penting untuk semua fungsi tubuh dan dapat membantu tubuh kita membakar kalori dengan lebih mudah serta menghindari sembelit dari pengambilan serat.

 

 

  1. diet seimbang
    kredit foto: netdna-cdn

    Lemak

Asid lemak monounsaturated fat adalah lemak yang sangat baik untuk kita. Avokado, ikan, minyak zaitun dan kacang-kacangan adalah sumber paling banyak monounsaturated fat dan perlu ada dalam diet kita.Jadi, gunakan minyak zaitun sebagai minyak goreng untuk menumis sayur-sayuran.

 

 

 

  1. diet seimbang
    kredit foto: agoramedia

    Sayur-Sayuran

Sayurang yang banyak mengandungi vitamin dan mineral sangat diperlukan oleh tubuh. Jadi, kita kena bijak variasikan sayur-sayuran berwarna seperti brokoli, kubis bunga, kacang panjang, lobak merah, timun, kangkung, bayam, labu, tomato dan ubi kentang.

 

Di samping, kita juga boleh mendapatkan nurtrisi dari sayur-sayuran dengan membuat jus sayuran yang kurang gula.

 

  1. Buah-Buahan

Buah-buahan boleh membantu kita menurunkan berat badan jika kita betul-betul menjaga jadual pemakanan dengan tidak mengambil makanan seperti junk food atau kudapan,kerana kedua makanan ini boleh membuatkan berat badan kita naik mendadak.

 

Antara buah-buahan segar untuk diet seimbang bagi menurunkan berat badan adalah buah betik,oren, mangga, delima,anggur, kiwi,epal, pisang, pear, strawberi dan  blueberri.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...