Skip to main content

Awasi Posisi Tidur Ibu Hamil Demi Bayi Anda!

posisi tidur ibu hamil
foto momjunction

Anda hamil dan sedang mengalami masalah tidur yang tidak selesa? Adakah anda ingin tahu posisi tidur ibu hamil yang betul? Sememangnya Mamanet tidak menafikan bahawa ‘nikmat’ tidur ketika hamil sedikit terganggu kerana perubahan fizikal yang berlaku,lebih-lebih lagi menjelang trimester terakhir kandungan.

Malah ada yang mula mengalaminya seawal trimester pertama dan kedua. Mungkin ada yang tidak tahu posisi tidur ibu hamil yang salah boleh membahayakan janin atau kandungan. Ketahui juga masalah kejang kaki ketika tidur.

 

Selain itu, ia juga boleh mendorong kepada masalah-masalah lain seperti pembengkakan kaki, nyeri otot, tekanan darah menurun atau meningkat. Malah tidak mustahil anda mungkin berdengkur!  Lantas, apa posisi tidur ibu hamil paling sesuai untuk tidur yang lebih selesa?

Keadaan perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil merasa serba tidak kena. Pusing ke kanan salah. Pusing ke kiri pun salah!  Tidur terlentang pula kadang-kadang terasa sesak nafas di dada disebabkan ruang dalam abdomen semakin terhad kerana rahim yang semakin membesar.

 

Bagi ibu-ibu hamil, mereka perlukan lebih rehat dan tidur yang cukup dan waktu malam adalah waktu yang paling efektif untuk merehatkan minda dan fizikal. Oleh itu, mereka memerlukan waktu tidur tujuh hingga sembilan jam bagi memastikan tekanan darah ibu hamil sentiasa stabil.

 

POSISI TIDUR IBU HAMIL DAN KESANNYA

  1. Posisi Tidur Terlentang

Tahukah anda posisi tidur terlentang ini bukan posisi tidur yang baik untuk ibu hamil trimester kedua dan ketiga? Posisi tidur Iibu hamil yang memberi tumpuan pada bahagian belakang tubuh ini tidak baik kerana dapat mengakibatkan berbagai gangguan pada ibu hamil. Tidur telentang saat trimester kedua sangat berbahaya untuk janin dan ibu hamil.

 

Hal ini disebabkan rahim yang memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava). Ini mengakibatkan peredaran darah ke jantung terhalang seterusnya akan menjejaskan bekalan oksigen dan nutrient pada bayi dalam rahim. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan ibu hamil mual dan pening. Jadi, jika anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda tidur terlentang, cepat-cepatlah mengalih posisi mengiring.

 

  1. Posisi Tidur Meniarap

Di awal kehamilan, posisi tidur meniarap masih dibolehkan tetapi apabila perut semakin membesar dan mula merasa ada tekanan, elakkan tidur dalam posisi berkenaan kerana ia boleh mengundang bahaya kepada janin. Ini disebabkan oleh darah yang membawa oksigen dan nutrient tidak sampai kepada bayi. Ia mendorong komplikasi seperti :

  • Gangguan sistem pencernaan
  • Gangguan pernafasan sehingga boleh menyebabkan ibu hamil kekurangan oksigen sekaligus mengundang risiko keguguran kepada janin.
  1. Posisi Tidur Mengiring

Posisi tidur mengiring antara posisi tidur yang sering disarankan oleh doktor walaupun tidak ada penelitian khas dilakukan tentang posisi tidur sebegini. Dan dicadangkan ibu hamil tidur mengiring ke sebelah kiri kerana posisi ini memberi kelebihan untuk bayi bagi mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksimum ke  plasenta dengan adanya vena besar (vena cava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan svina yang mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung.

 

Selain itu, ia juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan bengkak pada kaki, pergelangan kaki dan tangan. Anda juga boleh meletakkan bantal yang lembut si sebelah sisi bagi mendapatkan keselesaan yang lebih. Banyak kajian yang dijalankan mendapati risiko untuk bayi mati dalam kandungan bagi ibu yang tidur mengiring lebih rendah berbanding tidur dalam posisi yang lain. Kita hanya usaha, selebihnya Allah yang tentukan.

 

Sementara itu, posisi tidur ibu hamil mengiring sebelah kiri dikatakan agak berbahaya kerana ia boleh menyebabkan tekanan yang kuat pada organ hati ibu hamil. Ini juga menjejaskan bekalan zat nutrisi serta oksigen untuk janin.

 

TIP BANTU IBU HAMIL TIDUR LEBIH SELESA:

  1. posisi tidur ibu hamil
    foto pillow for life

    Gunakan Bantal

Agar lebih selesa, letakkan bantal di sisi tubuh dan tinggikan sedikit posisi kepala dan dada anda. Bila ibu hamil terasa sakit pada ulu hati, letakkan beberapa bantal di bahagian kepala agar posisi badan bahagian atas menjadi lebih tinggi. Apabila anda tidur mengiring ke kiri, letakkan bantal di bawah perut dan punggung.ia dapat membantu ibu hamil tidur lebih selesa.

 

  1. Elakkan melakukan tugas-tugas berat ketika hampir waktu tidur

Jika anda perlu siapkan kerja-kerja rumah yang agak berat misalnya mengemop lantai dan sebagainya, elakkan melakukannya ketika hampir dengan waktu tidur kerana ia boleh mengakibatkan anda berasa keletihan.

 

  1. Relaks sebelum tidur

Rehatkan badan dan minda anda sebelum tidur. Apa salahnya minta suami tolong urutkan leher, belakang atau kaki anda untuk mengurangkan rasa letih dan mengembalikan ketenangan. Gunakan minyak aromaterapi untuk haruman yang lebih relaks.

 

  1. Minum susu panas sebelum tidur

Amalan ini sangat bagus kerana susu dapat memberi mood yang menenangkan seterusnya menjadikan tidur anda lebih nyenyak. Ia juga baik untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan, menguatkan jantung dan sistem saraf sehingga tidak mudah lelah.

 

  1. Buat senaman ringan

Senaman ringan seperti senaman pernafasan sangat digalakkan bagi ibu-bu hamil. Teknik pernafasan yang netul juga penting untuk anda pelajari sebagai salah satu persiapan untuk kelahiran bayi nanti, senaman pernafasan boleh membantu tubuh anda berada dalam keadaan rehat.

Semoga arttikel mengenai posisi tidur ibu hamil ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat menikmati  masa kehamilan yang indah ini.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .