Skip to main content

Atasi Kulit Kepala Gatal Dengan 5 Jenis Minyak

kulit kepala gatal
kredit foto: cosmopolitantoday

Masalah kulit kepala gatal boleh menganggu aktiviti seharian kita. Apatah lagi, jika dalam keadaan cuaca panas. Sudah tentulah kita akan tergaru-garu  rambut dan kulit kepala kerana terlalu gatal!

 

Bagi yang berhijab pula, disebabkan tak tahan dengan kegatalan di kulit kepala, ada yang sampai menggunakan pin tudung untuk mencucuk-cucuk kepala bagi menghilangkan rasa gatal tersebut. Haaa… sampai macam tu sekali!

 

Sebenarnya rasa gatal  itu bukanlah disebabkan rambut, sebaliknya kulit kepala. Adakalanya semakin digaru jadi semakin gatal. Jika berterusan digaru kulit kepala gatal, ia boleh melukakan serta merosakkan kesihatan rambut kita.

 

Untuk mengatasi masalah kulit kepala gatal, diperlukan cara yang tepat.Lagipun banyak faktor yang menyebabkan kulit kepala gatal.Antaranya disebabkan oleh kelemumur, kulit kepala berminyak, berpeluh dan pemakaian syampu dan perapi yang tidak sesuai.

 

Antara cara yang boleh dicuba bagi mengatasi kulit kepala gatal:

 

  1. kulit kepala gatal
    kredit foto: newhealthadvisor

    Minyak Bijan

Minyak bijan dikatakan sangat efektif untuk mengubati kegatalan di kulit kepala akibat kulit kepala kering.

 

Panaskan sedikit minyak bijan, apabila sudah suam urutlah kulit kepala kita dengan menggunakan minyak tersebut. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur, urutlah kulit kepala dengan hujung jari selama 10 minit.

 

Setelah itu, bungkus kepala dengan menggunakan tuala panas dan biarkan selama 15 minit. Biarkan minyak bijan tersebut melekat pada kulit kepala kita sepanjang malam. Keesokan paginya barulah disyampu dan dibilas sehingga bersih.

 

 

  1. kulit kepala gatal
    kredit foto: ifemartini

    Minyak Tea Tree

Minyak ini mengandungi anti kulat semulajadi yang kuat, anti-inflamasi dan juga mempunyai sifat anti bakteria, sehingga sesuai digunakan untuk mengatasi rasa gatal di kulit kepala.

 

Campurkan 10 titis minyak tea tree ke dalam setengah cawan syampu bayi dan gunakan pada setiap hari ketika kita mencuci rambut sehingga kulit kepala tidak terasa gatal lagi.

 

Selain itu, boleh juga mencampurkan tiga titis minyak tea tree dengan satu sudu makan minyak sayur. Setelah itu, sapukan campuran tersebut ke kulit kepala, urutlah secara merata. Lakukan secara rutin selama dua minggu.

 

 

  1. kulit kepala gatal
    kredit foto: bodyfitnessexpert

    Minyak Jojoba

Minyak jojoba dikatakan boleh mengubati kulit kepala gatal. Ini adalah kerana molekul yang terdapat pada minyak jojoba ini seakan dengan sebum pada kulit kepala.

 

Sebelum tidur, sapukan minyak jojoba secukupmya pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Keesokkan pagi barulah dicuci dengan syampu dan dibilas dengan air bersih.

 

 

  1. kulit kepala gatal
    kredit foto: hairlossandcare

    Minyak Kelapa

Minyak yang dihasilkan dari buah kelapa segar mempunyai banyak khasiatnya. Antaranya menghilangkan rasa gatal pada rambut dan juga kulit kepala. Minyak kelapa akan melembabkan kulit kepala dan mencegah terjadinya kegatalan yang disebabkan terlalu kering.

 

Caranya mudah sahaja, panaskan minyak kelapa sehingga mendidih. Kemudian campurkan bersama syampu rambut yang digunakan untuk mencuci rambut. Syampulah dan bilaslah seperti biasa.

 

Selain itu, boleh juga sapukan sedikit minyak kelapa pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit sambil mengurut-urutnya perlahan-lahan. Kemudian barulah dicuci dengan syampu sehigga bersih dan hilang baunya. Lakukan secara teratur, tiga kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

 

 

  1.  kulit kepala gatal
    kredit foto: hairlossandcare

    Minyak Zaitun

Panaskan minyak zaitun dengan api yang kecil sehingga mendidih. Apabila sudah suam, aplikasikan minyak tersebut pada kulit kepala dan urutlah perlahan-lahan.

 

Biarkan selama dua jam, kemudian barulah disyampu dan dibilas sehingga bersih. Lakukan secara rutin, 3 kali seminggu.

 

 

Itulah antara penyebab dan cara mengatasi masalah kulit kepala gatal dengan mudah.Selamat mencuba dan lakukanya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .