Skip to main content

6 Makanan Anti Kanser Payudara

makanan anti kanser
kredit foti: womenlifestyle

Kanser payudara adalah kanser yang paling banyak dialami oleh kaum wanita. Sesiapa pun pasti ingin menghindarinya. Jadi, kita kena terapkan gaya hidup sihat dan ambil nutrisi yang tepat serta makan makanan anti kanser. Insya-Allah kita boleh hidup bebas tanpa diintai bahaya kanser.

 

 

Beberapa jenis makanan dikatakan dapat membantu kita mencegah serta mengurangi risiko terjadinya kanser payudara.

 

Berikut antara makanan anti kanser payudara:

 

  1. makanan anti kanser
    kredit foto-britannica

    Gandum

Kita boleh mengambil gandum yang berbentuk bijirin dengan segelas susu setiap pagi. Setiap setengah gelas gandum bersamaan dengan 10 gram keperluan serat yang berguna untuk menurunkan kadar estrogen di dalam tubuh. Kadar estrogen yang tinggi di dalam tubuh dikatakan dapat merangsang pertumbuhan sel kanser payudara.

 

 

 

  1. makanan anti kanserIkan Salmon Dan Ikan Tuna

Ikan salmon dan tuna adalah makanan anti kanser yang tidak kurang hebatnya. Berdasarkan sebuah kajian di Amerika Syarikat, mendapati  wanita yang tinggal di sekitar sungai dan selalu mengambil ikan tuna dan ikan salmon setiap hari, memiliki risiko yang sangat kecil untuk diserang kanser payudara.  Ini adalah kerana adanya kandungan omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon dan ikan tuna.

 

 

 

 

  1. makanan anti kanser
    kredit foto-foodviva

    Lobak Merah Dan Bayam

Lobak merah dan bayam adalah makanan anti kanser yang cukup menyihatkan. Wanita yang tidak pernah mengambil lobak merah dan bayam ternyata memiliki risiko terkena kanser payudara dua kali lebih tinggi jika dibandingkan wanita yang sering mengambil kedua jenis sayuran itu.

 

 

 

  1. makanan anti kanser
    kredit foto-ak0-pinimg

    Yogurt

Sebuah kajian yang menggunakan yogurt sebagai media dalam kaji selidik mereka, menyatakan bahawa yogurt dapat memperlambat pertumbuhan sel kanser payudara.

 

 

 

 

  1. makanan anti kanser
    kredit foto-agronigeria

    Susu Soya Asli

Zat yang terkandung dalam susu soya asli ternyata dapat menurunkan risiko terjadinya kanser payudara sebesar 28% dibandingkan dengan kandungan zat yang terdapat pada kacang soya tiruan.

 

Phytoestrogen dapat membantu mencegah kanser payudara dengan cara menghalang dan menekan perubahan sel kanser.

 

 

  1. makanan anti kanser
    kredit foto-2-bp

    Limau Bali

Buah limau bali mengandungi monoterpenes yang dipercayai mampu mencegah kanser  dengan menghapuskan karsinogen – iaitu penyebab kanser,  keluar dari dalam tubuh. Di samping itu, limau juga mengandungi vitamin C, beta karoten dan asid folik.

 

Ternyata pengambilan makanan anti kanser, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi zat-zat seperti kalsium, riboflavin, beta karoten, falate, lutein, vitamin A, vitamin B dan D secara teratur, boleh meminimumkan risiko terjadinya penyakit yang menakutkan ini.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...