Skip to main content

6 Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Hidung

 cara menghilangkan bintik hitam di hidung
foto: wallpaper

Bintik-bintik hitam adalah longgokan lemak pada muka yang biasanya suka muncul di sekitar hidung, mata dan pipi. Ada beberapa cara menghilangkan bintik hitam di hidung iaitu dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar kita mahupun di dapur.

 

 

Sama seperti jerawat, ianya juga tumbuh kerana liang pori-pori pada kulit muka tersumbat disebabkan oleh minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati. Sama ada bintik-bintik hitam atau putih, keduanya boleh menjadi masalah yang menganggu dan menurunkan keyakinan diri seseorang. Ikuti juga cara putihkan muka dengan berkesan.

 

 

Bintik –bintik hitam di hidung  atau muka, oleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

  • Kulit muka kurang dijaga kebersihannya.
  • Pengumpulan sel-sel kulit yang mati.
  • Liang pori-pori tersumbat disebabkan sisa mekap dan kotoran.
  • Pencemaran udara, terutama pada waktu siang ketika dalam keadaan cuaca panas.
  • Minyak yang berlebihan di muka.

 

 

Berikut Beberapa Cara Menghilangkan Bintik Hitam Di Hidung Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi:

 

  1. Cara menghilangkan bintik hitam di hidung
    foto-shortbeautytips

    Putih Telur

Putih telur sangat berkesan untuk mengatasi serta menghilangkan bintik-bintik hitam, sama ada di hidung mahupun di muka.

 

Caranya sangat mudah, ambil sebiji telur ayam dan ambil putihnya sahaja. Asingkan dalam sebuah mangkuk. Setelah itu, kacaulah sehingga berbuih, kemudian sapulah pada bahagian yang dipenuhi bintik-bintik hitam itu.

 

Selesai diaplikasi, tutuplah dengan menggunakan kapas atau tisu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tanggalkan kapas atau tisu itu dengan perlahan-lahan dan lihatlah berapa banyak bintik-bintik hitam yang telah teranggal dari hidung atau muka.

 

 

  1. cara menghilangkan bintik hitam di hidung
    foto-stylecraze

    Lidah Buaya

Cara menghilangkan bintik hitam di hidung atau muka sangat efektif dengan menggunakan lidah buaya.

 

Ambil  sebatang daun lidah buaya, kemudian belah menjadi dua bahagian.

 

Ambillah gel atau lendirnya, dan sapukan pada bahagian hidung atau muka yang berbintik hitam.Lakukannya secara rutin, dua kali sehari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.

 

 

  1. cara menghilangkan bintik hitam
    foto-hbtipspk

    Lemon

Lemon adalah salah satu cara menghilangkan bintik hitam di hidung. Buah ini mempunyai banyak khasiat dalam merawat kecantikan kulit. Ini adalah kerana asid alpha-hydroxi pada lemon sangat baik untuk menghilangkan kesan-kesan jerawat dan bintik-bintik hitam.

 

Selain itu, asid sitrat dalam lemon juga mampu menegangkan muka serta membersihkannya dari sel kulit mati. Potong lemon menjadi dua bahagian.Kemudian titiskan madu pada permukaan lemon yang sudah dipotong tadi.

 

Gosokkan lemon yang telah diberikan madu pada bahagian hidung dan muka yang berbintik hitam. Biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu, barulah bersihkan dengan air sejuk dan keringkan. Lakukanya tiga atau empat kali seminggu.

 

 

  1. cara-menghilangkan-bintik-hitam-di-hidung
    foto-3-bp

    Oatmeal Dan Yogurt

Kedua bahan ini adalah satu kombinasi yang tepat untuk menghilangkan bintik hitam di hidung dan muka.

 

Oatmeal mampu mengikis sel kulit mati, menutrisi sekaligus mencerahkan kulit muka. Manakala yogurt pula dapat menyerap minyak yang berlebihan dan melembutkan kulit.

 

Ambil dua sudu makan oatmeal yang dicampur dengan tiga sudu makan yogurt tawar. Kemudian sapukannya merata pada kawasan hidung atau wajah yang berbintik hitam. Biarkan selama beberapa minit atau sehingga kering. Setelah itu barulah dibilas dengan air suam.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .