Skip to main content

5 Faktor Penyebab Paha Besar

penyebab paha besar
foto-cdn-theglow

Sebagai wanita sudah tentu kita lebih gembira jika memiliki paha dan juga betis yang langsing serta padat. Sebelum ini Mamanet pernah mengupas tentang 8 Cara Mengecilkan Paha, kali kita bercakap pula tentang penyebab paha besar.

 

Bentuk paha yang besar tidak mungkin kita miliki tanpa penyebabnya.Ada faktor-faktor yang menjadi penyebab mengapa seseorang itu mempunyai paha yang besar.

Berikut antara penyebab paha besar:

  1. Faktor Genetik

penyebab paha besar
foto-thejeansblog

Faktor keturunan boleh menjadi penyebab paha besar dan tidak terkecuali bahagian punggung kita juga besar. Jika orang tua kita mempunyai bentuk badan yang gemuk, kita juga akan merasakan bentuk badan kita seperti mereka.
Sungguhpun begitu, janganlah stress sebab kita boleh mengubahnya. Rajin bersenam secara rutin akan membuatkan badan kita menjadi sedikit ramping.

 

 

 

 

2 . Bentuk Badan

penyebabpahabesar
foto-vse-gosty-ru

Bentuk badan amat mempengaruhi ukuran paha bagi setiap wanita. Wanita yang memiliki bentuk badan seperti pir mempunyai ukuran paha yang sabgat besar berbeza dengan wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti cili memiliki paha dan kaki yang kurus.

 

Kita  tidak dapat mengubah bentuk badan, tetapi apa yang pasti kita boleh mengecilkan bahagian tersebut.

 

 

 

 

  1. Jantina

Hormon yang ada pada setiap jantina amat  mempengaruhi penyebaran lemak pada tubuh badan manusia. Estrogen pada wanita kebiasaannya akan mengarahkan lemak untuk berkumpul di sekitar pinggul, paha dan beberapa bahagian lain.

 

Manakala hormon testosteron pada lelaki akan menyimpan lemak di kawasan perut. Ianya adalah lebih sukar untuk mengurangkan lemak di bahagian perut berbanding wanita di bahagian paha.

 

Itulah antara penyebab paha besar  dan juga mengapa orang lelaki buncit pada bahagian perut dan wanita pula kelihatan gemuk pada kawasan paha dan sekitarnya.

 

4 . Faktor Makanan BerLemak

penyebab paha besar
foto-completehealthnews

Penyebab paha besar adalah kerana pemakanan yang tidak teratur serta pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak.

 

Bentuk paha kita  mungkin menjadi besar kerana terdapat lemak di kawasan tersebut. Di situlah lemak suka menimbun di kawasan badan. Jadi, kita perlu bersabar ketika dalam proses untuk kecilkan paha kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Jika kita tidak ingin di bahagian badan atau paha ditimbuni lemak, bersenamlah secara rutin.Antara senaman yang boleh merampingkan tubuh kita ialah  berbasikal, jogging, lompati tali dan bermain bola tampar.

 

5 . Otot

penyebab paha besar
foto-ratser

Penyebab paha besar mungkin juga kerana  kita memiliki otot paha yang besar. Otot mempunyai saiz  dan ukuran yang berbeza yang terdiri daripada berbagai jenis serat otot.

 

Semoga artikel penyebab paha besar ini bermanfaat untuk kita semua. Mudah-mudahan kita dapat mengatur pemakanan dengan betul serta mengurangkan pengambilan makanan berlemak agar usaha kita bersenam untuk mengecilkan paha itu tidak menjadi sia-sia!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .