Skip to main content

Top 5 Makanan Punca Jerawat Banyak Tumbuh!

punca jerawat
kredit foto: baggout

Sesiapa pun tak suka dengan jerawat dan tak ramai juga yang tahu punca jerawat itu sendiri. Penyebabnya memang banyak dan salah satu diantaranya adalah melalui makanan.

 

 

 

Jadi, adalah lebih baik kita menitikberatkan soal pemakanan yang diambil jika tidak mahu kulit muka ditumbuhi jerawat. Ada beberapa makanan mengandungi zat tertentu yang boleh menjadi punca jerawat tumbuh pada kulit muka dengan ‘meriah’ sekali.

Berikut adalah beberapa makanan yang menjadi punca jerawat tumbuh pada kulit muka:

 

  1. punca jerawat
    kredit foto: newhealthguide

    Kuning Telur

Tidak ramai yang tahu bahawa kuning telur juga tersenarai dalam kategori salah satu makanan yang boleh mengundang jerawat di muka.

 

Ini adalah kerana kuning telur mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Pengambilan kuning telur yang banyak boleh membuatkan tubuh tidak sanggup lagi untuk menerima kehadiran lemak, sehingga membuatkan lemak tersebut tidak dapat diserap dengan sebaiknya dan terpaksa keluar melalui pori-pori kulit.

 

Keadaan tersebut membuatkan kulit muka menjadi berminyak, dan pada ketika itulah jerawat lebih mudah untuk tumbuh ‘meriah’ di muka.

 

 

  1. punca jerawat
    kredit foto: wienerschnitze

    Makanan Bergoreng

Jerawat akan tumbuh apabila kita mengambil makanan berminyak yang tidak sihat. Tubuh akan menggunakan minyak tersebut untuk membina sel kulit baru.

 

Tetapi, jerawat akan tumbuh kerana sel-sel kulit tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

Antara makanan bergoreng yang menjadi punca jerawat tumbuh ialah kentang goreng, makanan segera, ayam goreng, donat,mozzarella sticks dan tauhu goreng.

 

 

  1. punca jerawat
    kredit foto: amazingworldfactsnpics

    Kafien

Bagi pencinta kopi, minum kopi adalah satu kenikmatan. Namun, jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan munculnya jerawat.

 

Zat kafien bukan setakat di dalam kopi, mungkin juga di dalam minuman coklat, soda, minuman pemberi tenaga dan sebagainya.

 

Zat kafien ini mempunyai kecenderungan untuk mengeluarkan hormon penyebab stress yang sudah pasti mengundang pertumbuhan jerawat.

 

 

  1. punca jerawat
    kredit foto: img-allw-mn

    Makanan Manis Dan Berlemak

Makanan yang mengandungi gula atau yang manis-manis  juga boleh menjadi punca jerawat. Misalnya, gula pasir, jika dambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan peningkatan gula darah sehingga pengeluaran lemak di dalam tubuh juga jadi meningkat.

Lemak yang berlebihan bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tubuh, bahkan boleh memparahkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka.

 

 

  1. puncs jerawat
    kredit fotozz; jeelife

    Mee Segera

Mee segera termasuk salah satu makanan yang boleh menjadi punca jerawat. Terlalu banyak makan mee segera juga tidak bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

 

Mee segera mengandungi banyak protein dan minyak tepu. Jika kita suka makan mee segera, sebaiknya buanglah minyak disertakan di dalam bungkusan mee tersebut untuk mengelakkan munculnya jerawat yang ‘meriah’ di muka. Jika terpaksa menikmatinya, jangan lupa perbanyakkan dengan sayur-sayuran hijau di dalam mee tersebut.

 

Itulah antara makanan yang menjadi punca jerawat. Apa yang penting, kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Selamat beringat!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...